Pemain muda Thailand yang kini beraksi bersama FC Tokyo U23, Jakkit Wachpirom, mencipta rekod sebagai pemain Thailand pertama menjaringkan gol dalam saingan J.League.

Jaringan gol pada minit pertama itu juga, telah membantu FC Tokyo U23 menewaskan Cerezo Osaka U23 2-1 di Komazawa Stadium, Tokyo dalam perlawanan terakhir saingan J3 League 2017.

Penampilan Bersama FC Tokyo U23 Dalam J3 League

Jakkit Wachpirom pada pertengahan tahun ini telah dipinjamkan ke FC Tokyo U23 selepas kerjasama diantara Bangkok United FC dan FC Tokyo dimeterai.

22769988_1725688267740363_4560096407907618848_o

Sehingga tamat 34 perlawanan J3 League 2017, Jakkit Wachpirom telah berjaya membuat 11 penampilan liga dengan 8 kali tersenarai sebagai kesebelasan utama pasukan FC Tokyo U23.

Debut Jakkit Wachpirom bersama FC Tokyo U23 adalah ketika pasukan FC Tokyo U23 berkunjung ke Ashitaka Stadium bertemu dengan Azul Claro Numazu FC.

Secara keseluruhnya, Jakkit Wachpirom telah beraksi dalam 11 perlawanan liga J3 League merekodkan 695 minit masa bermain dan menjaringkan 1 gol, menamatkan musim J3 League ditempat ke 11 liga.

Kontrak Pinjaman Bersama FC Tokyo U23 Tamat

Selepas tamat perlawanan ke 34, J3 League 2017, bermakna tamatlah kontrak pinjaman separuh musim Jakkit Wachpirom bersama FC Tokyo U23.

an_fctu23_19_GOTO_R-640×424

Beliau akan pulang ke Thailand terlebih dahulu untuk menyertai skuad U23 Thailand melakukan persiapan sambil menanti apakah kontrak beliau bersama FC Tokyo U23 akan dilanjutkan atau tidak.

Rakan sepasukan kepada ‘wonderkid’ Jepun, Takefusa Kubo itu juga memberitahu beliau akan kembali menyertai skuad Bangkok United jika tidak berjaya mendapatkan kontrak baharu bersama FC Tokyo U23 untuk musim 2018.

Bangkok United Hantar 2 Lagi Pemain Akademi

Awal Oktober 2017 yang lalu, Bangkok United telah menghantar 2 orang pemain dari skuad U17 akademi mereka untuk berlatih bersama-sama skuad FC Tokyo U18.

22552317_1723029828006207_5573300516917895415_n

Tharadol Sornyoha and Chayathorn Thepsuwannaworn terpilih untuk dihantar ke akademi FC Tokyo U18 dan jika berjaya menarik perhatian barisan kejurulatihan, mereka akan menyertai FC Tokyo U18 secara pinjaman.

Perkara sama juga berlaku kepada Jakkit Wachpirom, apabila dihantar ke FC Tokyo U23 untuk menjalani latihan bersama-sama Sasalak Haiprakhon pada bulan Mac 2017, namun hanya Jakkit yang berjaya menerima kontrak pinjaman.

Video Highlights Gol Pertama Jakkit Wachpirom Dalam J3 League

【HIGHLIGHT】2017 MEIJIYASUDA J3 LEAGUE 34th sec.Facebook LIVE in Thai's J.League Facebook (Japan Professional Football League).⇒https://www.facebook.com/jleagueofficial.Thai/videos/1652207871536392/F.C.TOKYO U-23 2-1 CEREZO OSAKA U-23Thank you for your support!!#fctokyo #tokyo

Posted by F.C.TOKYO on Monday, December 4, 2017

 

 

 

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group