Antara faktor yang menjadi penyebab kenapa Jepun sangat dikagumi adalah kerana tindakan pantas mereka dalam kerja membaik pulih. Sebelum ini Jepun pernah berhadapan dengan kerosakan jalan yang sangat teruk di Great Kanto Highway di Naka. Kerosakkan lebuh raya sepanjang 150 meter itu dibaiki semula dalam masa 6 hari sahaja.

Baru-baru ini Jepun sekali lagi berhadapan dengan sistuasi tidak terduga apabila jalan di tengah Bandar Fukuoka runtuh secara tiba-tiba. Becana sedalam hampir 30 meter ini turut menjejaskan sistem bekalan air, gas dan elektrik. Namun begitu, kerosakan ini berjaya dibaiki semula dalam masa 48 jam sahaja, sangat pantas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Para pekerja memasukan sejumlah pasir dan simen bagi menampung kerosakan. Manakala kesemua sistem air, gas dan elektirk yang rosak juga dibaik pulih seperti sediakala. Selepas menjalani pemeriksaan keselamatan secara terperinci, jalan ini dibuka semula selepas beberapa hari.

Menurut Datuk bandar Fukuoka, Soichiro Takashima, jalan yang baru dibaik pulih kini 30 kali ganda lebih kuat berbanding yang sebelum ini. Kecekapan dan kerja keras pekerja dalam membaiki pulih jalan raya ini memang patut diberi pujian.

Ini adalah satu contoh tauladan yang baik ditunjukan oleh Jepun dalam mengutamakan kesejahteraan rakyat negara mereka.

1

Lihat rakaman ketika berlakunya jalan runtuh di Fukuoka, Jepun melalui video yang dipaparkan di bawah.

Sumber