Jalan raya berlubang merupakan salah satu masalah yang seperti tiada penghujungnya. Setiap pengguna jalan raya yang tidak bernasib baik ‘masuk lubang’ pasti mengalami masalah seperti kerosakan kenderaan atau mengundang kemalangan jalan raya.
Hal ini bukan sahaja menjadi pertikaian rakyat Malaysia sendiri, bahkan mat saleh dari luar negara juga turut pernah mempersoalkannya.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Baru-baru ini tular satu rakaman video seorang lelaki nyaris dilanggar kereta apabila motosikalnya hilang kawalan serta-merta dan terbabas selepas melanggar Ā jalan raya berlubang berdekatan Sky Awani 2 Residence, Sentul, tengah hari semalam.
@utusantvofficial Harap brader tu okay. Lokasi dekat Sky Awani 2 Residence, Sentul, tengah hari hari ini | 10 SEPT 2022. š½ļø Kiriman Haziq Asnawi. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia
Pada awal video ituĀ perakam video dipercayai merakam untuk menunjukkan lubang pada jalan terbabit sangat berbahaya buat pengguna. Entah macam mana penunggang motosikal di hadapan mereka tidak mengelak lubang tersebut lalu menyebabkan kedua-dua tayar memasukinya lalu motosikal itu melambung akibat berjalan di atas turapan tar yang tidak rata.
Kemudian motosikal itu terbabas ke kanan jalan sehingga nyaris dilanggar sebuah Perodua Bezza, bagaimanapun mangsa jatuh di atas kawasan berumput yang membahagikan dua jalan.
Perkongsian video oleh TikTok Utusan TV telah mendapat lebih 2.8 juta tontonan oleh warganet dan lebih 6,500 komen yang rata-ratanya Ā mengecam pihak bertanggungjawab tidak menyelenggara jalan raya berlubang itu dengan kadar segera sehingga mengakibatkan kemalangan.
Menurut salah seorang saksi yang melalui kawasan kemalangan itu, dia nampak beberapa penunggang motosikal lain membantu mangsa dan mukanya berdarah sambil menunggu ambulans di tepi jalan. Netizen turut mendoakan agar mangsa segera pulih seperti biasa.
*Ikuti VOCKET CAR CLUB diĀ FacebookĀ danĀ InstagramĀ untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.