Impian anda untuk menaiki kenderaan terus ke India melalui Thailand akan menjadi kenyataan apabila sebatang jalan sepanjang 1400KM akan dibina.

Laluan India-Myanmar-Thailand itu akan menghubungkan Moreh, India ke Mae Sot, Thailand dengan melalui Myanmar. Jalan ini akan menjadi jalan pertama yang menghubungkan India dengan negara Asia Tenggara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

india-thailand-trilateral-highway

Usaha pembinaan laluan ini bermula sejak 2012 lagi. Perkembangan baru pembinaan laluan ini adalah 73 jambatan di Myanmar yang dibina ketika perang dunia kedua akan dibaik pulih supaya memudahkan lagi pembinaan laluan India-Thailand ini.

Pembinaan jalan itu akan mengambil masa 18 bulan menurut Bhagwant Singh Bishnoi, Duta India di Thailand. Lebih kurang dua tahun lagi, kalau jalan ini siap seperti yang dijanjikan, bolehlah anda naik motor Honda EX5 terus sampai ke India dari Thailand. Cuma mungkin perlu lebih berhati-hati kerana kebanyakkan masanya anda akan menyusuri negara Myanmar.