Rakyat kita sememangnya diketahui sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa tolong-menolong tanpa mengira apa jua latar belakang mereka. Ada saja masalah yang dihadapi, pasti akan ada sahaja atau bantuan yang diberikan.

Perkara ini dapat dilihat melalui perkongsian-perkongsian di media sosial seperti yang berlaku di Putrajaya ini apabila seorang netizen berkongsikan bagaimana ‘abang polis’ ini menjadi penyelamat sepupunya hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam ciapan yang dibuat @aimadazfar itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota polis berkenaan kerana membantu sepupunya menghadiri peperiksaan di Putrajaya walaupun jalan ketika itu ditutup

polid
Gambar sepupunya bersama abang polis berkenaan . FOTO: Twitter @aimadazfar

“Terima kasih banyak abang polis @PDRMsia tolong hantar sepupu saya pergi exam walaupun dah habis waktu kerja.

“Jalan blocked, ada lori kemalangan, dia ada exam pukul 9am. Maaf tak tahu nama abang polis ni. Kalau tahu tolong tag nama dia ya!”kongsinya di Twitter.

Beliau pada masa turut berkongsikan gambar lori tanah berkenaan yang ditimpa kemalangan sehingga menghalang jalan yang yang ingin dilalui sepupunya itu.

EkQRz5_VcAM9zvt
Jalan yang ditutup selepas kemalangan lori pasir berkenaan.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan sudahpun mendapat hampir seribu retweet dan lebih 500 tanda suka likes daripada netizen.

Bantuan dan pertolongan yang diberikan ‘abang polis’ ini sekali lagi membuktikan masyarakat kita adalah sangat bertimbang rasa dan pasti membantu mereka yang memerlukan atau dalam kesusasahan walaupun tidak mengenali antara satu sama lain.

Baca juga perkongsian kami mengenai anggota KTMB yang kini berpakaian lengkap dengan topi keledar pengesan suhu seperti dalam filem Robocop melalui pautan di bawah. 

Ibarat Filem Robocop, Netizen Terpegun Lihat Kecanggihan Helmet Polis Bantuan KTMB

Risau Kain Jemuran Jiran Basah, Tindakan Pantas ‘Uncle’ Ini Selamatkan Ampaian Dipuji Netizen

Niat Mahu Menipu Tetapi Berakhir Dengan Nasihat, Netizen Kongsi Pesanan Daripada Ahli ‘Macau Scam’

Sumber