Baru sahaja dilantik sebagai CEO kepada Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun lalu, Jalil Rasheed pada hari ini telah mengumumkan perletakan jawatan secara rasmi.

Perletakan jawatan Jalil Rasheed sebagai CEO kepada syarikat pengurusan modal yang besar ini telah mengundang kepada pelbagai pertanyaan dan spekulasi di kalangan orang ramai selepas hanya menyandang jawatan ini dalam tempoh yang singkat.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →
Photo-2-President-and-Group-Chief-Executive-En-Jalil-Rasheed-scaled

Sumber: Rnggt

Menurut Jalil Rasheed, beliau bersama keluarga sanggup berkorban dengan berpindah dari Singapura ke Malaysia untuk berkhidmat di negara sendiri. Walau bagaimanapun, situasi yang sebaliknya berlaku apabila beliau dikatakan telah menerima beberapa panggilan berbaur ugutan sejak akhir-akhir ini. Bukan itu sahaja, emel kerja beliau bersama laman LinkedIn turut digodam pihak ketiga.

Melihat kepada situasi yang berlaku, beliau memilih meletak jawatan sebagai CEO PNB bagi mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku buat beliau serta keluarganya. Walau bagaimanapun, Jalil Rasheed turut menyatakan beliau tidak menyesal menyertai PNB sebagai CEO.

668802

Sumber: The star

Perletakan jawatan beliau telah menjadikan Jalil Rasheed sebagai CEO dengan tempoh tersingkat dalam sejarah PNB iaitu sekitar sembilan bulan.

Setakat ini, pengarah eksekutif Khazanah Nasional Bhd, Ahmad Zulqainain Onn dan CEO kumpulan Maybank, Abdul Farid Alias antara yang dikatakan bakal mengisi kekosongan sebagai CEO PNB.

Pada Disember lalu, PNB telah memilih untuk meningkatkan pelaburan luar negara dalam usaha untuk meningkatkan dividen para pelabur.

Peroleh Pulangan Rendah, PNB Sedia Untuk Tingkatkan Lagi Pelaburan Luar Negara

ASB Umum Dividen 5.5 Peratus, Agihan Terendah Sejak 1990

Anda Mungkin Suka