Pernah mencipta nama dan kejutan menerusi perlantikan sebagai CEO Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada tahun 2019 lalu, Jalil Rasheed nampaknya sekali lagi menjadi pilihan syarikat besar iaitu Berjaya Corporation Bhd (Bcorp) dalam mengemudi jawatan CEO kumpulan bermula 16 Mac lalu.

Apa yang menarik perhatian ramai menerusi perlantikan Jalil Rasheed selain usianya yang masih muda untuk jawatan yang disandang, beliau juga secara tidak langsung berjaya menjadi CEO pertama Bcorp yang bukan daripada keluarga Tan Sri Vincent Tan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

ezgif-3-4adb93dc7636

Mengulas dari segi pengalaman, beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pelaburan dan bisnes sepanjang berkhidmat di Britain, Amerika Syarikat, Singapura dan Malaysia antara yang menjadi faktor Bcorp berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Menerusi perlantikan yang dibuat, beliau ditugaskan untuk menstruktur korporat Bcorp, pengurusan sumber manusia dan juga kewangan syarikat di samping memberi lebih penekanan kepada lebih banyak peluang perniagaan di bawah Bcorp.

Sehubungan dengan perlantikan Jalil Rasheed, saham Bcorp dilihat terus melonjak 17.95% kepada 23 sen sekaligus menunjukkan keyakinan pelabur terhadap pimpinan Jalil Rasheed mengemudi Bcorp sebagai CEO kumpulan.

Ketahui lebih lanjut mengenai Jalil Rasheed yang sebelum ini pernah dilantik sebagai CEO PNB dengan klik pautan di bawah.

Siapa Jalil Rasheed? Anak Muda Yang Hanya Sempat Menerajui PNB Selama 9 Bulan

Selepas Menjadi ‘Rider’ Makanan, Tony Fernandes Dilaporkan Jual Hartanah 125 Ekar Di Scotland

Pernah Menjadi Kediaman Tunku Abdul Rahman, Hartanah Ini Sedia Dijual Dengan Harga RM62 Juta