Konsep Barisieur Alarm Clock ini sudah bermula sejak tahun 2014 lagi dan mendapat perhatian ramai. Pereka jam unik ini, Joshua Renouf telah melancarkan kempen di Kickstarter untuk menjadikan jam loceng ini sebagai realiti.

Menurut Joshua, dia memahami kepayahan untuk bangun dari tidur. Jadi dengan adanya jam ini, minuman kopi yang pastinya akan membantu anda memulakan hari anda sudah siap tersedia apabila anda bangun tidur. Jam ini juga mempunyai kompartment untuk anda simpan biji kopi anda dan gula.

Kalau anda mahu memiliki jam ini, anda boleh ke laman Kickstar Barisieur Alarm Clock dan pledge supaya Joshua mempunyai cukup dana untuk menghasilkan jam loceng ini. Harga untuk jam ini agak mahal, 265 pound (lebih kurang RM1580) sebuah. Tapi jika anda peminum tegar kopi fresh, apa salahnya melabur untuk jam ini kan?

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

BC2

BC3

BC4

BC5

BC6

Sumber