Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jam tangan Omega x Swatch Moonswatch yang dilancarkan di seluruh dunia pada Sabtu lalu menimbulkan huru hara di seluruh dunia. ‘Peminat’ jam tangan Swatch dan Omega tidak mahu terlepas peluang untuk memiliki jam tangan kolaborasi tersebut kerana tahu nilainya bakal meningkat di masa akan datang.

Walaupun ia dijual pada harga runcit RM1,065, model ini telah pun dijual semula setinggi RM8,000 di pasaran Malaysia. Walaupun harganya mencecah harga 4 angka, kualiti jam tangan mula dipertikaikan oleh pembeli.

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Jeffrey So yang menetap di Hong Kong antara mereka yang berjaya membeli jam tangan Moonswatch ini. Pada Ahad, beliau berkongsikan pengalaman memakai jam tangan tersebut dan terkilan dengan kualitinya.

Menurut Jeffrey, dia membeli model Neptune berwarna biru dan memakainya ke satu acara. Disebabkan tempat tersebut panas, beliau berpeluh. Beliau terkejut apabila pulang daripada acara itu, warna biru pada bahagian belakang jam tangan tersebut telah luntur di pergelangan tangannya.

Kesan biru pada bahagian tangan Jeffrey. Kredit gambar: Jeffrey So/FB

Pavilion KL ‘Diserang’, Orang Ramai Beratur Untuk Jam Tangan Edisi Khas Omega x Swatch

Bukan itu sahaja, beliau turut berkata permukaan kanta kaca jam tersebut sudah pun tercalar ketika keluar dari kotak dan kualiti jam tangan tersebut ‘sangat murahan’.

Baginya untuk seutas jam tangan ‘Omega’ dijual pada harga RM1,065, ia sudah sangat murah tetapi tidak menyangka kualitinya juga tersangat rendah dan menganggap tidak berbaloi untuk membeli jam tangan tersebut.

“Ia satu kolaborasi yang menarik tetapi ia tidak setanding dengan harga dan hype yang dibina untuk jam tangan ini,” tulisnya.

Jeffrey bukan berseorangan dalam menghadapi masalah ini. Seorang pembeli turut berkongsikan pengalaman serupa di Reddit dengan masalah yang sama; warna biru luntur di pergelangan tangan.

Setakat ini, cuma edisi Neptune yang berdepan masalah luntur warna. Dengan isu kualiti ini, adakah anda akan meneruskan niat untuk mendapatkan jam edisi khas ini?

P/S: Swatch telah mengeluarkan kenyataan bahawa kolaborasi ini bukan edisi terhad dan bakal dijual secara dalam talian pula tidak lama lagi. Jadi, jangan beli daripada reseller dahulu. Sayangi duit anda.

Ini bukan kejadian pertama orang ramai sanggup beratur panjang untuk membeli sesuatu. Baca lagi pada pautan dh bawah.

Beratur Hingga Luar Lot 10, Cawangan Pertama Don Don Donki Diserbu Orang Ramai

Demi iPhone X Berharga RM10, Gadis Ini Sanggup Beratur 4 Malam Lebih Awal

‘Resellers’ Beratur Seawal 5 Pagi Untuk Koleksi IKEA x Virgil Abloh