Menyebut tentang jenama Rolex sudah tentunya model yang ditawarkan hadir dengan tanda harga yang premium. Pada kali ini, jam tangan model eksklusif daripada Rolex dengan perincian emas putih 6265 yang bernilai lebih $3 juta (RM11.74 juta) bakal dilelong untuk tujuan kebajikan. Model ini juga merupakan juga dikatakan model tunggal daripada siri ‘Daytona’.

Pemilik jam tersebut, John Golberger yang terkenal dengan penulisan buku mengenai jam telah memiliki jam tangan eksklusif tersebut sejak 8 tahun yang lalu berbesar hati untuk menyumbangkan koleksi eksklusifnya itu untuk dilelong.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jam tangan keluaran tahun 1970 yang diberi gelaran ‘The Unicorn’ tersebut memiliki kerangka logam yang membuatkan jam ini lebih berat berbanding jam biasa. Jam tersebut dilengkapi dengan perincian sigma hitam dengan penanda yang diperbuat daripada emas putih. Pergelangan jam tangan tersebut pula diperbuat daripada emas putih 18 karat.

Hasil lelongan jam tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan Children Action. Acara lelongan tersebut dijangka akan berlangsung di Geneva pada 12 Mei 2018.

the-watch-is-fitted-with-a-sigma-dial-with-white-gold-indexes-which-are-consistent-with-the-case-met_s600x0_q80_noupscale

dsc04187-web_s600x0_q80_noupscale

the-watch-comes-with-a-white-gold-bracelet-with-bark-finish-which-was-added-by-its-current-owner-fol_s600x0_q80_noupscale

Rolex_Cosmograph_Daytona_The_Unicorn_in_18_karat_white_gold_reference_6265_3