Pagi tadi berlangsungnya perlawanan antara Juventus dan Manchester United di mana Cristiano Ronaldo membuat kemunculan semula di atas padang Old Trafford. Namun beza kepulangan Ronaldo di Old Trafford kali ini adalah beliau menyarung jersi Juventus dan bukannya Manchester United.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain kemenangan 1-0 Juventus terhadap Manchester United di saingan Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi, jam yang dipakai oleh Ronaldo ketika sidang media sebelum perlawanan turut mencuri tumpuan ramai. Ronaldo dilihat menyarung jam tangan jenama Franck Muller bertatahkan berlian yang dikhabarkan bernilai £1.2 juta (~RM6.48 juta).

Jam berkenaan adalah jam edisi istimewa yang dibuat secara custom made untuk Ronaldo. Ronaldo adalah peminat tegar jenama jam tangan mewah ini dan sudah dilihat berulang kali memakai pelbagai model lain daripada jenama Franck Muller ini. Ronaldo sendiri mempunyai model edisi khas yang dihasilkan khas untuknya iaitu QP Bi-Retro Chrono CR7.

frank cr7
‘QP Bi-Retro Chrono CR7’ yang dijual secara khas kepada peminat setia jenama ini sahaja

Ianya bukan masalah besar untuk Ronaldo membeli jam tangan ini. Ronaldo menerima bayaran gaji €500,000 (~RM2,674,000) di Juventus dan harga jam tangan ini hanyalah sekitar gaji dua minggu Ronaldo!

Harga paling ‘mampu milik’ untuk jam tangan original Franck Muller adalah RM48,000 di laman Chrono 24. Jadi ada atau tidak rakyat Malaysia yang mampu untuk menyarung jam tangan Franck Muller ini?

Menurut laman Vulcan Post, isteri bekas Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor pernah dilihat menyarung jam tangan daripada Franck Muller ini. Rosmah Mansor turut dilihat pernah menyarungkan jenama jam mewah lain seperti Hublot dan Richard Mille.

Frank Rosmah
Kredit gambar: Vulcan Post

Ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk memiliki jam tangan ini sekiranya anda menabung sejak kecil. Dan untuk Ronaldo pula, hubungan istimewanya dengan Franck Muller sendiri membuatkan jenama jam tangan ini dekat di hatinya. Jika tidak dapat menyarung jam tangan Franck Muller ini, dapat sarung jam tangan G-Shock logam pun sudah memadai.

Sumber