Seperti biasa Supreme akan menjual koleksi terbaru mereka setiap Khamis. Cuma untuk keluaran esok, satu item yang sangat luar biasa akan dijual pada harga setinggi RM58,000!

Supreme kali ini berkolaborasi dengan pembuat aksesori serta jam tangan mewah, Jacob & Co untuk model Time Zone 40mm & 47mm Watches.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model asalnya, Jacob & Co 5 Time Zone sebelum ini pernah disarung oleh selebriti popular antaranya ASAP Rocky dan Drake. Model ini merupakan antara model ‘mampu milik’ keluaran jenama Jacob & Co.

Jam tangan ini akan dihias dengan lebih 50 butiran berlian putih dan kulit buaya digunakan untuk bahagian strap.

Harga rasmi untuk SupremeĀ®/Jacob & Co. Time Zone ini adalah USD12,000 (+-RM49,735) untuk model 40mm dan USD14,000 (+-58,024) untuk model 47mm.

Berapa agaknya harga resell untuk jam tangan ini nanti? Kami jangka ia boleh dijual semula pada harga ratusan ringgit. Cuma tepuk poket jika anda ada dana untuk membeli model ini esok.

Ini pula beberapa artikel lain berkaitan Supreme sepanjang tahun ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

Supreme Secara Mengejut Hasilkan Baju Box Logo Khas Untuk Perangi COVID-19

Jenama ‘Copy Ori’ Supreme Akhirnya Tewas Di China

Supreme Lancar Koleksi Kolaborasi Bersama Lamborghini Yang ‘Mampu Milik’