Jam tangan basic dari jenama Seiko tidak semahal jam tangan jenama Rolex. Tetapi bagaimana sekiranya jam itu dipakai oleh founder Apple Inc, Steve Jobs? Jam tangan quartz Seiko dari tahun 1980an kepunyaan Steve Jobs terjual dalam satu acara lelongan pada harga USD42,500 (lebih kurang RM178,850). Kemungkinan besar jam ini adalah jam yang paling mahal untuk satu jam tangan kategori basic.

Anda mungkin pelik kenapa ianya terjual pada harga yang sangat tinggi. Yang membuat jam tangan ini istimewa adalah cerita di sebalik jam ini. Jam Seiko ini dipakai Jobs pada tahun 1984, ketika beliau bergambar dengan komputer Macintosh pertama syarikat itu di atas ribanya. Gambar berkenaan ditangkap oleh jurugambar terkenal dunia, Norman Seeff.

Jalan Kaki
HYPE
Hanya Jalan Kaki Setiap Hari Boleh Kurus? 2 Individu Ini Kongsi Kisah Mereka
Baca lagi →

Sekarang anda tahu kenapa individu berkenaan sanggup membayar harga setinggi itu untuk jam ini. Pembeli jam ini mungkin tidak memakai pun jam tangan ini. Jika anda mempunyai model jam tangan Seiko ini, tahniah anda mempunyai citarasa terhadap jam tangan yang sama dengan Steve Jobs.

sj2

sj3

sj4

sjobs_eyes_up

Anda Mungkin Suka