James Bond merupakan watak ejen perisik yang terkenal dan setiap satu filem James Bond sentiasa mendapat sambutan yang hangat. Adakah anda perasan jam tangan yang digunakan oleh James Bond?

Sean Connery telah membawa watak James Bond yang pertama dan beliau telah memakai jam berjenama Rolex ketika dalam filem tersebut. Bagi anda yang tidak tahu, jam tangan berjenama Rolex memang terkenal dengan harganya yang mahal, malah harganya ada yang mencecah jutaan ringgit.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, jam tangan tersebut merupakan model siri Rolex Submariner 6538 dan mungkin telah dihasilkan pada tahun 1958. Setelah empat tahun, Sean Connery telah memakai jam tangan tersebut dalam babak aksinya sebagai James Bond.

Walaupun model jam tersebut tidak begitu canggih ketika waktu itu, akan tetapi harganya masih lagi boleh mencecah sehingga $280,000 (~RM1.17 juta) mengikut anggaran nilainya. Kini, jam tangan tersebut yang dinamakan James Bond Submariner telah mula dilelong dan dibida.

Jika anda berminat untuk membida jam tangan eksklusif ini, anda boleh ke laman sesawang ini untuk mendapatkannya. Selain daripada jam tangan tersebut, beberapa jam tangan lain juga turut dilelong seperti Omega, Tag Heuer dan Patek Philippe.

Anda Mungkin Suka