Ketua bahagian UMNO cawangan Sungai Besar Dato Jamal Yunos akhirnya telah memulakan langkah untuk membida Kapal Persiaraan paling kontroversi iaitu Equanimity dengan harga USD250 juta (RM1 billion+-).

Kapal yang didakwa milik ahli perniagaaan Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan dana 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB) kini berada Bousted Cruise Centre di Pelabuhan Klang. Jamal berkata, “Saya akan mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan alasan di sebalik tawaran saya untuk kapal layar (Equanimity),” kata Jamal yang dipetik oleh Watan Online.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
EQUANIMITY / INDONESIA
Kredit gambar: NSTP/EMAIL

Malay Mail melaporkan bahawa ketua bahagian UMNO itu telah menghabiskan masa 27 hari berada di dalam penjara Sungai Buloh sebelum dibebaskan atas tuduhan jenayah terhadapnya. Dia telah dibebaskan pada 31 Julai lalu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Mahathir telah mengumumkan bahawa beliau akan membuka jualan bidaan terhadap kapal ini setelah selesai urusan di mahkamah secepat yang mungkin kerana kerajaan tidak mahu menanggung kos selenggara bernilai RM2 juta ringgit sebulan.

Sumber