Apakah tujuan utama anda melancong ke sesuatu destinasi selain daripada tempat yang menyajikan anda tempat instagrammable untuk disajikan kepada rakan-rakan anda?

Jambatan Gantung Satok yang menyimpan 1001 kenangan dan nilai sejarah yang dijangka siap pada 18 September 2019 ini pastinya akan menjadi tempat tarikan pelancong terbaharu di bandaraya Kuching, Sarawak.

Untuk pengetahuan anda, jambatan ini merupakan jambatan yang digunakan oleh pejalan kaki untuk merentasi Sungai Sarawak pada satu ketika dahulu sebelum jambatan itu runtuh pada tahun 2004. Jambatan asal ini telah siap dibina  pada zaman pemerintahan kerajaan Brooke iaitu tahun 1926.

https://twitter.com/arriannariff/status/899265706918727680

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata keputusan ‘membina’ semula jambatan gantung berkenaan dibuat kerana ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi selain menjadi tarikan pelancong. Malah, jambatan baharu tersebut dibina mengikut piawaian British Standard (BS) dan mengekalkan ciri-ciri pada jambatan asal.

Pastinya pembinaan semula jambatan ini akan menarik ramai pelancong dan pelancong akan dapat mengetahui sejarah yang tidak didendang oleh masyarakat dengan melawat ke sana.

Sumber