Nak cuba sesuatu yang baru? Jika anda ke Hunan, China, bolehlah anda menyeberangi jambatan kaca paling tinggi dan panjang di dunia. Jambatan ini menghubungkan dua puncak gunung di taman Zhangjiajie. Filem Hollywood Avatar ada mengambil inspirasi dari pergunungan Zhangjiajie ini dalam membina hutan di dalam filem berkenaan.

Jambatan berkenaan terletak 300 meter dari paras tanah dan sejauh 430 meter panjang. Jambatan ini diperbuat dari 99 panel kaca dan dapat menampung 800 orang dalam satu-satu masa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

glasssss

Pengunjung boleh berjalan menyeberangi jambatan ini dan kalau anda seorang yang mahukan lebih cabaran, ada juga servis bungee jump atau zip line disediakan untuk anda yang mahukan aktiviti yang lebih mengujakan.

Sebelum jambatan ini dibuka kepada umum, satu sidang media telah dibuat untuk menguji kekuatan jambatan ini. Panel lantai jambatan ini telah diketuk dengan tukul besi bagi menunjukkan jambatan ini selamat digunakan. Mereka turut menyeberangi jambatan itu menggunakan kereta bagi menguji lagi kekuatan jambatan ini.

Pihak pengurusan jambatan ini yakin yang panel jambatan ini kuat dan selamat buat pengunjung. Namun, kasut stiletto atau kasut tumit tinggi tidak dibenarkan untuk merentasi jambatan ini sebagai langkah keselamatan.

Cuma 8,000 orang dibenarkan untuk merentasi jambatan ini setiap hari dan pengunjung perlu menempah tiket terlebih dahulu yang berharga 138 yuan (lebih kurang RM83) per tiket.

Jadi kalau sesiapa yang berminat untuk merentasi jambatan ini, bolehlah mula buat tempahan untuk seberangi jambatan ini. Kalau ada rakan anda yang gayat, cuba bawa mereka seberangi jambatan ini.

bridge 2

glassy

Sumber