Tidak dapat dinafikan kehangatan filem Avengers: Endgame apabila masih lagi menjadi buah mulut para peminatnya selepas dua minggu ditayangkan. Kini, filem Avengers: Endgame telah berjaya mengatasi filem Titanic sebagai filem kedua terbesar sepanjang masa.

Berikutan itu, James Cameron telah mengucapkan tahniah kepada Marvel dan penerbitnya iaitu Kevin Feige di laman sosial Twitternya. Menurut catatan beliau, kini ketulan ais terapung telah menenggelamkan kapal mewah Titanic sebenar dimana ketulan ais terapung tersebut merujuk kepada filem Avengers: Endgame.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, Avengers: Endgame berjaya meraih lebih $2 bilion (~RM8.3 bilion) hanya dalam masa hanya 11 hari. Mungkin, jika kadar kutipan filem Avengers: Endgame ini berterusan meningkat, ia akan melepasi filem Avatar pula.

Ini merupakan satu pencapaian terbaik Marvel Studio dan menurut James Cameron ini membuktikan bahawa penonton masih akan melihat filem di pawagam jika terdapat filem yang berbaloi dan berkualiti dihasilkan. Mungkin selepas ini filem terbaharu dari James Cameron iaitu Avatar akan memintas filem Avengers: Endgame? Sama-sama kita nantikan.

Sumber