Warner Bros membuat kenyataan bahawa James Gunn mungkin bakal menerajui sekuel filem Suicide Squad. Suicide Squad adalah antara filem dalam dunia DC Extended Universe (DCEU) yang diarah oleh David Ayer sebelum ini.

Gunn yang sebelum ini mengarah Guardians Of The Galaxy 1 dan 2 telah dipecat oleh Disney disebabkan satu tweetnya yang menimbulkan kontroversi. The Hollywood Reporter turut melaporkan James Gunn dilaporkan telah mengikat perjanjian untuk menulis skrip filem Suicide Squad dan mengarah filem itu sekali. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam fasa perbincangan.

Selain itu bekas pengarah filem Suicide Squad, David Ayer turut menberi sokongan penuh kepada James Gunn untuk menyambung sekuel filem ini. Warner Bros juga memberi kebebasan kepada Gunn untuk merombak filem ini atau mahu menyambung terus ke sekuel.

Penulis untuk komik Suicide Squad, Rob Williams turut teruja dengan berita ini. Beliau yang sudah menulis untuk 50 isu Suicide Squad berkata filem Guardians Of The Galaxy yang pertama adalah apa yang beliau bayangkan untuk sebuah filem Suicide Squad.

Melihat daripada filem Guardians Of Galaxy sebelum ini, kami yakin beliau dapat menghasilkan filem Suicide Squad dengan jayanya. Adakah anda teruja dengan berita ini?