Nampaknya khabar angin pengarah Guardians Of The Galaxy (GOTG), James Gunn akan berkhidmat untuk filem Suicide Squad 2. Menurut episod terbaru DC Daily di laman YouTube, pada ketika ini James Gunn akan menjadi penulis jalan cerita untuk Suicide Squad.

Seperti apa yang dibuat pada GOTG, beliau diberi kebebasan untuk pihak DC untuk menulis Suicide Squad 2 mengikut gaya beliau. Namun, sama ada beliau akan dilantik menjadi pengarah dan mengekalkan para pelakon sedia ada Suicide Squad masih belum diputuskan oleh James Gunn dan pihak DC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika GOTG berjaya dengan hasil tangan James Gunn, adakah Suicide Squad 2 juga akan menerima penerimaan yang sama seperti GOTG sebelum ini? Pelakon Dave Bautista juga antara yang teruja dengan berita ini dan beliau turut sama mahu sekali lagi bergandingan dengan James Gunn.

Peminat yang teruja beranggapan Bautista sangat sesuai untuk memegang watak Bane untuk Suicide Squad. Masa depan Bautista untuk terus memegang watak Drax juga agak samar kerana beliau adalah antara yang lantang bersuara ketika pemecatan James Gunn sebagai pengarah GOTG 3 sebelum ini. Diharap dengan adanya James Gunn, Suicide Squad 2 akan jadi lebih baik daripada yang pertama.