Bermula dengan sebuah permainan video, jenama Mortal Kombat semakin berkembang bersama watak-wataknya yang sangat ikonik. Buat anda yang membesar pada zaman 90-an kami yakin anda cukup kenal dengan watak-watak seperti Sub-Zero, Scorpion dan Raiden.

Kini, setelah lebih dua dekad sunyi tanpa sebarang filem terbaru, Mortal Kombat nampaknya bakal mengeluarkan filem terbaru. Menariknya, filem terbaru ini bakal diterbit oleh James Wan yang merupakan pengarah yang tidak asing lagi di Hollywood. Simon Mcquoid pula telah dipilih untuk mengarahkan filem sulung beliau pada kali ini.

Scorpion

Setakat ini masih belum diketahui siapakah pelakon yang bakal dipilih untuk filem yang penuh dengan nostalgia ini. Walaubagaimanapun, James Wan turut berkongsi dimana Australia telah dipilih sebagai lokasi penggambaran filem ini. Berikut merupakan trailer pertama Mortal Kombat yang mula ditayangkan 24 tahun dahulu.