Peminat setia filem Hollywood pastinya mengenali Jamie Foxx. Beliau bakal membintangi ‘Spawn’, sebuah filem hasil adaptasi komik. Beliau baru-baru ini telah menandatangani kontrak penggambaran filem tersebut dibawah arahan Todd McFarlane.

Pelakon yang terkenal dengan watak Electro dalam Spider-Man dan The Amazing Spider-Man 2 ini sudah mula terlibat dengan proses awal filem ini sejak tahun 2013 lagi. Menurut pengarahnya ‘Spawn’ telah dikenali sejak tahun 1992 dengan Michael Jay White sebagai teraju utama dan diteruskan dengan tiga siri animasi pada tahun 1997.

jamie-foxx

Sedikit mengenai filem ini yang berkisar mengenai anggota black Ops Central Intelligence Agency (CIA) yang keluar dari ‘neraka’ setelah dia menyetujui perjanjian untuk menjadi hero Hellspawn demi bertemu kembali isterinya di dunia.

Peminat Jamie Foxx pastinya sudah tidak sabar menanti filem ini ditayangkan nanti.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group