Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Beberapa hari ini tular satu screenshot pendapatan rider yang menjangkau RM18,000 untuk dua bulan. Ia sedikit sebanyak mencetuskan perdebatan sama ada perkara itu benar-benar boleh terjadi atau rekaan semata-mata.

Tidak mahu perkara ini terus menjadi teka-teki, kami sendiri turun padang untuk bertanya kepada rider penghantar makanan adakah pendapatan seperti yang tular itu boleh dicapai oleh seseorang rider.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Dua respondent kami, Saiful Bahari dan Mohamad Fikri berkongsi pengalaman mereka bekerja sebagai rider untuk satu syarikat penghantaran makanan.

Perkara pertama yang kami tanya pastinya adakah screeenshot yang tular itu merupakan pendapatan seorang rider. “Ya, itu adalah screenshot apps jika kami mahu semak pendapatan setiap hari. Sebenarnya ia tidak mustahil untuk dapat pendapatan seperti itu tetapi bergantung kepada beberapa faktor,” kata Saiful.

“Salah satunya kawasan yang rider itu bertugas. Kami rasa rider ini cover kawasan yang tidak banyak fast food. Katalah kalau cover kawasan macam di Kajang ini, rider akan terima job daripada syarikat fast food (Seperti McDonald’s dan KFC). Jadi kadangkala waktu menunggu di sini ambil masa yang panjang,” tambah Saiful.

Bermakna sekiranya seseorang rider itu cuma mendapat tugasan menghantar makanan daripada vendor bukan fast food seperti kedai mamak, lebih banyak tugasan yang dapat diselesaikan dalam masa sejam.

Mohamad Fikri pula menambah screenshot itu pula merupakan pendapatan rider itu sepanjang November dan Disember di mana tidak ada sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk hantar makanan. “Jadi dia mungkin bekerja dari pagi mungkin mula dari jam 6 pagi dan habis lewat malam. Memang ada rider yang rajin lagi-lagi kalau dia ada perkara nak kejar; macam nak kahwin ke,” ulas Fikri.

Saiful dan Fikri pula bersetuju pendapatan purata mereka setiap bulan adalah sekitar RM3,000-RM4,000. Jika bulan yang baik kadangkala boleh cecah pendapatan sehingga RM5,000.

“Kalau betul dia buat RM9,000 sebulan, kami pun tak tahu macam mana cara dia bekerja. Banyak mana dia dapat order, bila dia rehat. Apa pun jatuh kepada usaha setiap rider. Siapa usaha lebih, lebihlah dia dapat. Semua tu rezeki,” akhiri Saiful.

Perkongsian ini bukan satu galakan supaya semua bertukar kerjaya menjadi rider penghantaran makanan tetapi lebih kepada menjawab isu yang sedang tular ketika ini. Jika semua jadi rider, siapa yang mahu jadi pembeli?

Buat anda yang terlepas tentang kisah ini, boleh baca lagi pada pautan di bawah.

Raih RM18,000 Dalam Masa 2 Bulan, Netizen Tergamam Lihat Pendapatan ‘Rider’ Makanan

Reaksi Tenang ‘Rider’ Ini Jawab Rungutan Dalam Bahasa Inggeris Buat Pelanggan Tidak Jadi Marah

‘Order Saja Walaupun Hujan’- Rider Nasihatkan Orang Ramai Tidak Perlu Risau

Anda Mungkin Suka