Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meminta kepada pemohon i-Sinar untuk menyemak semula status permohonan selepas terdapat masalah teknikal.

Kenyataan yang dibuat tengah malam tadi hadir beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam.

“KWSP ingin memohon maaf atas kesulitan kerana terdapat masalah teknikal pada paparan status I-Sinar online. Anda disarankan untuk menyemak semula status anda bermula 8 pagi pada 8 Februari 2021,โ€ kata kenyataan tersebut.

Pemohonan Kategori 2 adalah melibatkan ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas selepas 1 Mac 2020.

Laporan ini semestinya mendapat pelbagai reaksi netizen, kebanyakan daripada pemohon menyatakan sudah gembira apabila status i-Sinar mereka sudah diluluskan.

Namun apabila mereka menyemak semula pagi ini, ada ahli yang permohonannya masih dalam proses.

Tidak pasti bagaimana masalah ini boleh terjadi, namun diharapkan KWSP memudahkan para ahlinya yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka sendiri.

Nasihat kewangan Elya buat pencarum KWSP berbelah bahagi. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nasihat Kewangan Elya Buat Pencarum KWSP Berbelah Bahagi

Pengeluaran Wang KWSP Sebanyak RM10,000 Diperluaskan Kepada Semua Pencarum Yang Terjejas

KWSP Benarkan Pencarum Terkesan Keluarkan Wang Akaun 1 Sehingga RM60,000