Cermin hadapan kenderaan merupakan salah satu bahagian yang akan mengganggu ‘keselesaan pemandangan’ pemandu andaikata berlaku kerosakan seperti retak atau pecah pada cermin itu.

Baru-baru ini seorang ‘pakar cermin kenderaan’ yang dikenali sebagai Abang Rong telah berkongsi satu video memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak membasuh kereta apabila terdapat kesan retak akibat terkena stone chip.

Dalam video tersebut, dia membuat demonstrasi bagaimana sebuah MPV yang mengalami kesan cermin retak menjadi bertambah panjang apabila dia menyiram kawasan yang terkesan dengan air pada waktu panas.

@abamrongg_oe

Jangan siram air kat cermin #abamrongg #barakahautoglass DrCrack™️ #tukarcerminkereta #longcrackrepair #stonechiprepair #tiktokguru #cerminkeretapecah

♬ original sound – Abam Rongg – Abam Rongg

Dalam video itu, dia ada menandakan hujung garisan retak yang ada pada atas cermin kereta dengan menggunakan marker pen, lalu dia menyiram bahagian retak itu dengan air.

Tidak semena-mena kesan retak itu semakin bertambah panjang sehingga ke tengah-tengah cermin melebihi daripada ‘tanda marker pen‘ yang dibuatnya terlebih dahulu.

Tambah Abang Rong lagi, dia menegaskan kepada semua pemilik kenderaan supaya dapat mengelak daripada mencuci kenderaan sewaktu panas, kerana ia boleh menyebabkan kesan retak menjadi bertambah teruk.

Hantaran video itu telah mendapat lebih satu juta tontonan dan satu ribu komen daripada pengguna TikTok yang mengucapkan terima kasih kepada Abang Rong kerana mereka dapat belajar sesuatu baharu mengenai cara-cara penjagaan cermin kereta mereka melalui platform media sosial itu.

Sumber Gambar: TikTok @abamrongg_oe
Sumber Gambar: TikTok @abamrongg_oe
Sumber Gambar: TikTok @abamrongg_oe
Sumber Gambar: TikTok @abamrongg_oe

Pada masa sama, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri apabila cermin kereta mereka bertambah retak ekoran mencuci kereta ketika waktu panas.

Selepas ini kita semua perlulah berhati-hati sekiranya ternampak ada kesan stone chip pada cermin kenderaan. Walaupun asalnya bersaiz kecil, namun boleh membawa kemudaratan pada keesokan hari jika kita tidak membaikinya secepat mungkin.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu anda boleh baca lagi beberapa perkongsian tips yang perlu diketahui sebagai seorang pemilik kenderaan melalui pautan di bawah.

Lelaki Ini Kongsi Tip Pembiayaan Pinjaman Kenderaan Yang Ramai Tidak Tahu

Peguam Ini Kongsi Cara Selesaikan Denda Kesalahan Jalan Raya Yang Melibatkan Mahkamah

5 Langkah Ini Boleh Kurangkan Kos ‘Repair’ Kereta Yang Ditenggelami Banjir

Sumber