Sukan Olimpik Rio dah habis. Lepas tu apa?

Hunter Killer Cover
HYPE
Peperangan Bawah Laut Dan Darat Penuh Aksi Gempak Dan Mendebarkan Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Lepas tu kita akan berharap kepada program kerajaan untuk hasilkan atlet lagi? Harapkan menteri sukan bina pelan Road To Tokyo?

Harap kelab sukan latih atlet di luar negara? Harap MSN cari wang banyak-banyak untuk tampung kos latihan? Harapkan ISN untuk beli peralatan saitifik untuk atlet?

Kalau macam ni, sampai 2087 pun tak tentu kita dapat emas atau pun tak. Sebabnya?

Sebab kita asyik harapkan orang. Harapkan kerajaan. Harapkan menteri. Harap orang lain buat. Kita? Kerja sorak depan TV?

Kenapa agaknya kita tak boleh latih anak main badminton petang-petang? Kenapa agaknya kita tak boleh tanam minat anak untuk suka kepada basikal tu dulu?

Kenapa agaknya kita tak mampu luang sikit pun masa untuk sokong minat anak yang suka berenang?

Chong Wei pressure sebab 30 juta rakyat Malaysia harapkan dia bawa balik emas tu. 30 juta vs 1 orang.

Lee Chong Wei_0

Bayangkan kalau kita semua hari ini, ambil role ibu dan bapa Chong Wei, tanam minat anak daripada kecil, sokong minat anak dan boleh luang masa untuk bina karier mereka dalam sukan?

Tapi berapa ramai daripada kita hari ini, yang kerja pung pang jadi penganalisis sukan di Facebookk mampu ambil tanggungjawab seperti ibu bapa Chong Wei dan buat sendiri, tanpa harapkan orang lain, kerajaan atau siapa-siapa?

Aku tahu, kita semua nak emas pertama negara dalam Olimpik. Tapi berapa ramai daripada kita yang sanggup, buat emas tu daripada keluarga kita sendiri?

Mentaliti subsidi ni yang membunuh kita semua sebenarnya. Nak emas? Harap Chong Wei. Nak belajar? Harap kerajaan. Nak itu nak ini, semua harapkan orang.

Kita sendiri, bangun pagi jogging pun malas. Ingat, Tokyo 2020 nanti, negara kita dah maju Wawasan 2020. Tapi maju apa kalau semua benda pun kita masih harapkan kerajaan?

Yang kita kena cipta dan bina sekarang ialah 50 lagi Chong Wei, atau mungkin 1000 lagi dengan tangan dan usaha kita sendiri. Bukan hanya dengan mimpi dan berharap kepada orang lain.

Baca lagi: Olimpik Sebagai Tanda Perubahan Jepun, Korea, China Dan Apa Kaitannya Dengan Kita

Artikel di atas disumbangkan oleh ZF Zamir. Boleh ikuti beliau di sini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group