Sebut mengenai industri K-Pop, pasti ramai yang cukup tahu dengan jumlah peminatnya yang ramai seluruh dunia. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya menerusi jumlah penonton yang mengikuti rapat rancangan dari Korea Selatan tersebut.

Dalam pada itu, tular sebuah isu baru-baru ini apabila sebuah rancangan tarian iaitu Street Woman Fighter telah menggunakan sebuah lagu pembukaan yang merupakan remix daripada laungan azan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penggunaan lagu tersebut nyata membuatkan penonton khususnya mereka yang beragama Islam berang selepas menyentuh sensitiviti agama dengan menggunakan laungan azan sebagai lagu dan juga hiburan.

Bukan itu sahaja, pihak Mnet turut dikecam hebat oleh para netizen dengan tanda pagar #MnetApologize yang menyeru Mnet untuk menggunakan lagu lain serta mahu pihak Mnet memohon maaf atas tindakan yang dilakukan. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu ini.

Sehubungan dengan itu, pihak Mnet tampil dengan permohonan maaf dengan kesalahan yang dibuat selepas memaklumkan pihak mereka tidak menyedari lagu tersebut menyentuh sensitiviti agama. Pihak Mnet juga sedia menggantikan lagu lain bagi acara pembukaan rancangan tersebut.

Untuk pengetahuan, lagu ini sudah mulai diterbit sejak tahun 2013 lagi dan dinyanyikan oleh kumpulan Losers. Walau bagaimanapun, kumpulan ini mulai mendapat perhatian penonton pada tahun ini selepas digunakan pada acara berkenaan.

Sehingga kini, lagu tersebut di YouTube telah menerima lebih 12,000 dislikes dan 150,000 tontonan selepas insiden tersebut di mana para netizen bertindak mahu report lagu berkenaan.

Ikuti juga sisi gelap industri K-Pop yang turut memberi kesan besar kepada penyanyi industri tersebut.

‘Dark Side’ Industri K-Pop Dan Kerangkanya Yang Rosak

Bekas Bintang K-Pop, Tasha Low Kongsi ‘Hidden Side’ Jadi Bintang K-Pop