Sebut sahaja jam tangan G-Shock, mesti ada dalam kalangan anda yang meminati jam tangan jenama tersebut. Malah, harga jam tangan G-Shock boleh dikatakan mempunyai ‘value’ tersendiri.

Maka, tidak mengejutkan apabila ada yang sanggup membeli jam tangan G-Shock untuk dijadikan koleksi. Lantaran itu, seorang pengguna TikTok @erindolly telah berkongsi video dirinya meminta penjual G-Shock di ‘live’ Facebook agar tidak menjual jam dengan suaminya.

@erinaris_

beli jam banyak2, pakainya 1 🤨 #fyp #fypシ #fy #fypage #gshockmalaysia #gshock

♬ original sound – eld – Erinnnnnn

Menurutnya, suaminya sering menonton jualan jam tangan G-Shock di siaran langsung Facebook dan membeli ia sedangkan sudah ada banyak di rumah. Dapat dilihat menerusi video tersebut, penjual G-Shock ‘layan’ permintaan wanita tersebut dan juga ‘pinned’ permintaan tersebut di ruangan komen.

Malah, penjual G-Shock itu juga mengatakan dia hormat dengan keputusan wanita itu dan akan memberitahu suaminya bahawa namanya sudah disekat daripada membeli jam tangan di kedainya itu serta suaminya perlu bertanya dengan wanita itu jika mahu membelinya.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen terhibur dengan reaksi penjual G-Shock itu. Malah, ada juga netizen yang memuji penjual itu yang melayan permintaan wanita tersebut.

photo_2021-08-22_09-33-29

photo_2021-08-22_09-33-34

photo_2021-08-22_09-33-38

photo_2021-08-22_09-33-42

Bukan itu sahaja, para netizen juga berpendapat wanita itu ‘garang’ menyebabkan penjual akur dengan permintaannya. Malah, rata-rata netizen turut berasa terhibur dengan gaya sempoi penjual melayan karenah pelanggan-pelanggannya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 30 ribu tontonan dan lebih 700 komen.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan jam tangan G-Shock yang jadi buruan peminatnya pada pautan di bawah ini.

Jam G-SHOCK ‘Belanjawan 2021’ Tengku Zafrul Kini Jadi Buruan

Selepas Model Blackout, G-Shock ‘Skeleton’ TMJ Pula Menjadi Buruan Peminat

G-Shock DW-6900 ‘Bossku’ Yang Disarung Najib Razak Pula Kini Jadi Buruan