Penampilan Datuk Syafinaz Selamat ketika menjadi juri di Gegar Vaganza pada Ahad lalu telah ditegur netizen kerana ia tidak sesuai untuk tontonan umum disebabkan menjolok mata.

Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian dada dan lengannya ketika menjadi juri Gegar Vaganza.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu laporan, Syafinaz menegaskan bahawa itu adalah imejnya sejak dahulu lagi dan dia memilih untuk hidup dengan gembira tanpa dikongkong oleh orang lain.

“Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.

“Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya,” katanya.