Seronoknya bila tiba hari raya kerana semua insan bergembira. Semasa hari raya inilah peluang untuk kita jumpa sanak saudara di kampung halaman. Lagi seronok bila keluarga yang tinggal di luar negara pun turut pulang untuk beraya bersama.

Lagi-lagi kalau kita pula dari keluarga yang ramai. Lagilah meriah! Biasanya kita akan mulakan hari raya dengan bersolat sunat Aidilfitri dan selepas itu akan bersama keluarga untuk makan-makan bermaafan antara satu sama yang lain. Selepas itu apa pula rancangan kita? Mestilah buat konvoi ke rumah sanak-saudara tercinta!

huawei-cover-image-671×373
HYPE
Rasai Pengalaman Masa Akan Datang Dengan Peranti Terbaru HUAWEI Smart Life!
Baca lagi →

Konvoi memang satu aktiviti yang fun yang biasa kita buat ketika hari raya. Kadang-kadang sampai 10 kereta ikut serta ketika konvoi. Memang meriah. Banyak kelebihan bila kita berkonvoi ini. Antaranya kita dapat sampai ke rumah yang akan dituju tepat pada masanya dan tidak terpisah antara satu sama yang lain. Kiranya tak adalah seorang tersesat entah ke mana sebab lupa lokasi tempat yang dituju.

Jadi sebelum hari raya bermula, kami senaraikan 5 perkara yang anda perlu ingat untuk buat sebelum sertai konvoi raya hari raya ini. Ready? Go!

1. Periksa kenderaan anda dahulu sebelum mulakan perjalanan

Kumpul

Sebelum mulakan perjalan, yang paling penting mestilah kena periksa kondisi kereta anda dahulu. Kalau perlu top up air dalam radiator, isi dahulu. Yang tidak cukup minyak, isi dahulu.

Sebenarnya meeting point paling ideal sebelum mula konvoi adalah di stesyen minyak. Semua boleh buat di sini. Nak beli kudapan ketika memandu pun mudah.

2. Jangan lupa install ‘Waze’

raya waze

Yang ini juga penting. Biasalah, kadang-kadang ada yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman, lupa jalan untuk ke sesuatu destinasi.

Kalau masih ingat jalan sekali pun, jika pasang Waze lagi bagus. Waze siap boleh tunjuk ‘jalan potong’ andai jalan utama lekat tak bergerak. Paling penting, kereta paling hadapan, marshall a.k.a ‘kepala’ kena ada aplikasi ini terlebih dahulu.

3. Buat ‘group‘ khas di WhatsApp

whatsapp-iphone6-hero-2

Kalau dah 10 kereta gerak sekali, agak susah untuk keep track satu persatu. Jadi untuk raya ini, buat sahajalah satu kumpulan khas untuk team konvoi anda. Senang untuk berhubung andai ada yang tertinggal jauh ke belakang.

4. ‘Checklist‘ rumah yang perlu dilawati

raya 4

Yang ini penting. Takut terlupa ada rumah yang kita terlepas untuk singgah. Kasihan pada tuan rumah dah siap-siap masak untuk jamu tetamu yang datang, tiba-tiba terlepas untuk singgah.

5. Lagu raya jangan lupa!

Tak sedaplah konvoi raya jika tidak ada playlist lagu raya. Bila pasang lagu raya, barulah membuak-buak lagi mood raya itu nanti. Semua dalam kereta pun boleh sing-along sekali.

Raya 5 Gif

Selesai sudah perkara penting yang anda perlu siap sedia sebelum mula berkonvoi. Harapnya perjalanan konvoi anda akan lancar sahaja raya nanti.

Sama atau tidak persiapan di atas dengan video Raya daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini? Kalau anda ikut semua tip ini, konvoi raya anda sure meriah dan epik fantastik! Jangan tertinggal rumah untuk anda lawat okay?

Anda Mungkin Suka