Perlukah mencari kerja di luar negara?

Baru-baru ini saya terbaca di ruangan FB, di mana semua kongsi maklumat bagaimana untuk bekerja di luar negara. 16 pekerjaan yang membolehkan kita tinggal di luar negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Daripada respon, nampaknya ramai sangat yang nak berkhidmat di luar negara. Terutamanya yang muda belia.

Cita-cita

Kursus saintis muda ASEAN di Azabu University, Jepun tajaan JST Sakura Science Plan pada tahun lepas. InsyaAllah akan mempraktikkan ilmu yang dipelajari untuk pembangunan bangsa dan negara.

Saya bukannya menentang dengan minat orang ramai yang nak bekerja di luar negara. Saya juga dahulunya begitu, bercita-cita bekerja di negara maju.

Masa saya kecil, saya pernah tinggal di Jepun. Ikut ayahanda tercinta untuk melanjutkan pelajarannya. Dalam hati kecil, nak balik semula ke Jepun. Nak bekerja kat negara matahari terbit tu.

Pergi Perth, ingat lagi, masa tu baru tahun kedua saya buat ijazah. Terdetik lagi dalam hati kecil ini nak bekerja di luar negara.

Yalah, matawang pun tinggi. Lumayan, siapa tak mahu?

Peluang

Setelah beberapa tahun, Alhamdulillah Allah SWT bagi saya peluang, yang tidak disangka-sangka. Saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Di bumi United Kingdom, belah utara. Rasanya anda boleh agak di mana, kalau bukan di Scotland.

Saya ingin berkongsi apa yang saya rasa selepas saya dah habis belajar. Tinggal di negara asing bertahun-tahun. Bermasyarakat dan bergaul dengan orang putih.

Betullah, bila kita ke negara orang, banyak pengalaman yang ditimba. Pelbagai pengalaman yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.

Saya akui ianya memang mematangkan kita sebab kita keluar daripada ‘kepompong’ keselesaan. Tambahan lagi, pada ketika itu, saya bertahan seorang diri.

Di Jepun dulu, ada ibu bapa bersama-sama. Jadi ianya adalah pengalaman yang berbeza semasa belajar di UK.

Dan inilah yang saya rasa setelah dapat pengalaman tinggal di luar negara.

Pendapat saya

Pendapat saya, kita sangat teruja untuk bekerja di luar negara kerana kita dilihatkan keindahan di luar sana.

Ala, macam zaman kita sebelum kawin. Sebelum kahwin, kita anggap perkahwinan itu sesuatu yang sangat best, penuh dengan kebahagiaan.

Tetapi, apabila dah sudah berkahwin, kita sebenarnya memikul tanggungjawab besar. Bahagia bersulam sedih adalah perkara biasa.

Perkahwinan macam itu, kan? Ada masa kita gaduh, ada masa kita gembira. Pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dilalui.

Betul tak cakap saya ya, suami isteri di luar sana? Inilah lumrah alam rumahtangga.

Travel

Iyerlah, bila kita travel ke luar negara beberapa hari, kita rasa sangat best. Sangat awesome. Sangat positif semuanya.

Negara moden, cantik. Geografi gunung ganang yang menakjubkan. Perangai Mat Saleh yang mengkagumkan dan ‘menghairankan’ kita.

Sistem pengangkutan yang sangat efisyen. Keindahan alam yang sangat memukau mata. Sungai biru kehijauan. Salji yang umpama gula kapas putih.

Semua ini kita rasa semasa kita melancong terutamanya di negara-negara Barat.

Kita selalu nampak tak best bekerja di Malaysia.

Saya tak nafikan, ada beberapa aspek yang menyebabkan kita ‘down’ bekerja di Malaysia. Tetapi di Malaysia ada beberapa perkara yang lebih positif atau lagi best berbanding bekerja di luar sana.

Contohnya:

1. Famili di Malaysia!

Keluarga adalah segalanya.

Saya dibesarkan dalam famili yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat. Apabila tinggal di luar negara, kita akan terasa kehilangan mereka.

Memanglah ada apps di telefon atau komputer seperti Tango, Skype, Viber yang membolehkan kita berhubung satu sama lain melalui telefon atau panggilan video. Tetapi, ianya tidak sama.

Bagi saya masa bersama keluarga terutamanya ibu bapa adalah masa emas. Ibu bapa sudah tua, bila lagi kita nak berbakti kepada mereka.

Apabila ada duit lebih, saya akan bawa mereka jalan-jalan dalam negara. Luar negara, InsyaAllah ada dalam perancangan,
mulai dengan negara-negara yang dekat. Hendak ke Eropah, tetapi ongkosnya belum ada.

Seronoknya bila ada bercuti beramai-ramai bersama keluarga. Kenduri-kendara.

Pergi berkelah, mandi air terjun, makan durian dan manggis di atas tikar mengkuang. Bawa bihun goreng berserta ayam panggang.

Oh, sukanya, tak sabar nak tunggu cuti sekolah yang akan bertandang tak lama lagi.

2. Makan di Malaysia best.

My favorite is kopitiam. Malaysian food is the best!

Yang ini semua tahu.

Kalau kita baru balik dari luar negara, apa yang pertama kita cari? Makanan tempatan.

Tanyalah traveler mana pun. Sampai KLIA, kita terus cari kedai mamak. Pesan roti canai, teh tarik.

Takpun, kita ke kedai Siam. Pesan tomyam, ikan masam manis, nasi goreng kampong, sotong kangkung. Eh, yang itu ada ke di kedai Siam?

Malaysiakan syurga makanan. Makanan ada 24 jam!

Kalau di luar negara punyalah craving makanan tempatan. Tak percaya, cuba tengok Instagram kawan-kawan yang lama di luar negara kerana belajar atau bekerja.

Ada tak gambar maggi? Wajib ada. Siap dengan cili padi. Mahal woo cili padi di sana.

Ada kawan upload gambar karipap yang dibuat sendiri sebab kempunan nak makan. Ada juga yang kempunan nak makan kangkung belacan. Sanggup beli kangkung yang harganya dekat RM20. Tak percaya godeklah Instagram diorang!

Memanglah makananan Malaysia terdapat di luar negara, tetapi ongkosnya? Dan ianya bergantung tempat mana kita pergi, bukan semua tempat ada makanan kita.

3. Dapat dengar azan lima kali sehari di Malaysia.

Pemandangan yang hanya boleh dinikmati di luar negara.

Bunyi kokokan ayam kalau ada di kampung.

Mendengar azan begitu nikmat untuk saya terutamanya pada waktu Subuh. Ya Allah nikmatnya mendengar azan secara live.

Betul, sekarang tiada masalah nak dengar azan secara online. Tetapi, saya rasa lebih nikmatnya kalau mendengar azan sayup-sayup di kebeningan pagi yang sangat menyegarkan.

Nikmatnya saya rasa. Korang ada tak fefeeling macam ini?

4. Di Malaysia tiada ‘dull winter’.

Cantiknya luar negara tak dapat nak disangkal.

Dulu, satu pensyarah ini pernah berpesan kepada saya tentang dull winter sebelum saya berangkat ke luar negara. Kata beliau, masa dia belajar di Oxford dulu, dia memang paling benci musim sejuk sebab ianya sangat bosan.

Saya jawab, “Oh, it’s okay Doc, I really like cool weather.”

Nah, bila dah menetap sana, ambil kau. Duduk dalam selimut ja.

Malas nak buat kerja. Kuat makan. Depres tak menentu.

Nak cerita, kawan saya seorang ni pernah mengalami depresi yang sangat teruk semasa musim sejuk. Dia mengalami kemurungan, di mana tiga hari beliau tidak makan dan tidak bercakap dengan suami dia. Si suami yang risau dengan kondisi dia, terus
bawa dia jumpa doktor.

Adakah adaptasi fisiologi badan kita memang begitu pada musim sejuk? Cuba Google.

Akan keluarlah terminologi yang dinamakan Seasonal Affective Disorder atau singkatannya SAD. Sindrom ini berlaku ketika musim sejuk kerana kita kurang menerima cahaya matahari. Apabila kurang matahari, hormon badan mengalami ‘kepeningan’.

Rupa-rupanya ada dua hormon terganggu. Hormon melatonin dan serotonin. Jangan pening baca nama dua hormon ini.

Hormon melatonin adalah hormon yang menyebabkan kita mengantuk. Bila musim sejuk, memang hormon melatonin akan meningkat disebabkan siang yang pendek dan gelap.

Satu lagi hormon serotonin yang akan menyebabkan perubahan mood. Hormon serotonin kurang ketika musim sejuk. Sebab itulah ia akan menyebabkan gangguan terhadap tidur, makan, memori dan juga seksual. Seksual juga terganggu ya tuan-tuan dan puan-puan.

Begitulah cerita ringkas tentang SAD, but don’t be sad because we are in Malaysia. Tiada winter. Alhamdulillah, syukur bekerja di Malaysia.

Untung di Malaysia, matahari sentiasa menyinari bumi. Cuaca hujan panas. Tak hujan, panas. Tak panas, hujan. Tak perlu nak sediakan baju untuk beberapa musim.

Tahukah anda semua, Mat Saleh sangatlah admire kita pakai pakaian musim panas. Mereka suka pakaian musim panas, pakaian kita hari-hari di sini. Teringat masa di UK, setiap kali ada saja matahari, memang sah Mat-mat Saleh bergelimpangan macam dugong di atas taman.

Kawan-kawan saya di sana pernah beritahu mereka cemburu pada kita yang berpakaian ringkas. Tak perlu jaket, tak perlu topi winter dan boot, sarung tangan dan pelbagai.

Nak keluar depan rumah tak perlu berbalut-balut dengan pelbagai benda. Cukup baju, seluar, tudung dan selipar boleh keluar beli barang di depan tu.

Saya masa baru menapak di UK, memang sangatlah teruja pakai jaket dan boot musim sejuk macam mak-mak Jemah yang bergambar di oversea.

Mula-mula memang best, tetapi apabila ianya dah menjadi rutin, ianya dah tak menyeronokkan.

Belum lagi cerita nak ambil wudhu’ dan mandi, Ya Allah rasa macam tak mahu keluar dari tandas.

Bagi yang selalu travel, korang tahu kan perasaan itu? Bila bangun pagi, nak keluar dari selimut, macam berperang dalam perang dunia. Haha.

Di Malaysia, walaupun panas, ada yang mandi guna pemanas masa bangun pagi. Jadi agaknya, macam mana bila di luar negara?

Di Malaysia, nak keringkan baju pun heaven. Apabila cuaca panas terik, sekerat hari semua baju dah kering.

Bau baju yang dikeringkan oleh cahaya matahari pun sangat ohsem. Pelikkan? Tapi benar, baju yang dikeringkan di bawah sinaran sang suria memberikan bau yang berbeza.

Di oversea, kena pakai dryer. Kadang-kadang habis baju rosak, sebab bila kita pakai dryer, baju akan jadi kedut seribu.

5. Orang Malaysia lebih mesra atau busybody daripada orang putih.

Budaya berbeza

Kebanyakan orang putih memanglah mengamalkan sikap yang tidak ambil peduli atau jaga tepi kain orang. Akan tetapi, sedarkah kita dengan sifat busy body ni kita kenal satu sama lain.

Kadang-kadang memanglah Mak Jemah yang busybody ni mengharukan, menyebabkan kontroversi akan tetapi, dengan orang-orang macam inilah kita ketahui sesuatu berita?

Rasulullah S.A.W berpesan pada kita bahawa mukmin dengan mukmin yang lain itu ibarat satu badan, bila satu anggota badan sakit, umpama sakit keseluruhan badan. Jadi contoh mudahnya kalau kita luka ditangan, secara automatiknya kita letak ubat di tempat luka itu. Maknanya kita ambil berat tangan yang luka itu.

Sama juga dengan umat Islam, jika ada yang dalam kesusahan, kita dengan senang hati membantu. Itulah namanya busy body.

Orang Malaysia memang busybody, jaga tepi kain orang. Daripada sikap ini lah maksiat kita tak berleluasa, di bawah kawalan. Dengan sikap busybody, kita prihatin kepada nasib-nasib orang yang kurang baik.

Siapa suka selfie angkat tangan. Rata-rata semua angkat tangan. kan?

Di UK, kita dilihat pelik kalau suka berselfie. Pernah kawan-kawan orang putih bertany, kenapa orang Asia suka sangat selfie. Saya tak tahu nak jawab.

Kebetulan masa itu, memang saya bukannya kaki selfie, hanya ambil gambar pemandangan. Tetapi bila sudah menetap di Malaysia beberapa tahun, saya rasa seronok juga selfie. Memanjang selfie dengan kawan-kawan.

Merapatkan hubungan sesama manusia, mana taknya kena rapat-rapat semua nak bergambar 10 orang dalam satu gambar. Haha.

Rupa-rupanya ada juga budaya kita yang bertentangan dengan Mat Saleh. Contohnya, kita di Malaysia, seronok kongsi makanan yang sedap. Kita akan tawar makanan sedap itu pada kawan-kawan. Tetapi awas! Rupanya Mat Salleh tak suka macam itu. Kita
akan dipandang atas bawah.

Mungkin tak semua Mat Saleh begitu. Cuma, bila saya cerita dengan kawan-kawan, perkara yang sama berlaku pada mereka. Sedih juga sebab kita hanya nak berkongsi. Haha.

Saya senaraikan hanya beberapa sebab sahaja di sini. Tak banyak pun.

Betullah pepatah Melayu, “Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri”. Lebih baik di negara sendiri, walaupun tiada “emas”.

Bagi saya, kita ingin ke luar negara kerana kita tidak pernah merasa bekerja atau tinggal di luar sana.

Hukum alam atau fitrah sebagai manusia, selalu ingin miliki benda yang kita tidak ada.

Perasan tak perasaan teruja tu akan hilang apabila korang dah penuhi hajat tu?

Begitu juga dengan seseorang yang berhajat nak ke luar negara. Apabila sudah sampai di sana, mula-mula mungkin seronok, tetapi
lama kelamaan kita akan rindukan negara kita sendiri.

Dan..

Bila balik Malaysia, akan rasa rindu semula ke luar negara. Sebab itu saya sentiasa ada perancangan untuk melancong ke luar negara setiap tahun. Haha.

Tak balik Malaysia

Adakah anda terfikir tak, apa akan jadi pada nasib bangsa apabila kita semua berpindah ke luar negara, dan tak mahu balik Malaysia?

Siapakah yang akan mengubah negara kita kalau bukan kita yang telah mendapat ‘keistimewaan’ daripadaNya untuk berkelana di
luar negara?

Apa yang dipelajari di luar negara haruslah kita sumbangkan kepada negara Malaysia yang tercinta.

Memang negara dan masyarakat kita masih lagi ketinggalan daripada pelbagai aspek, tetapi jikalau setiap daripada kita menyumbang secara positif, InsyaAllah kita menjadi rakyat yang dikagumi pada satu hari nanti.

Duniakan tanpa sempadan sekarang.

Pi lah merantau, tapi jangan lupa balik Malaysia.

Dari saya, budak kampung Nibong Tebal, suka minum Milo ais depan Yawata supermarket.