Firdaus Wong merupakan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) yang merupakan sebuah NGO yang fokus kepada perkongsiaan ajaran agama Islam dan membimbing saudara Muslim Baru. Selain itu, MRM turut banyak ‘turun padang’ untuk membantu pihak-pihak yang memerlukan bantuan.

Baru-baru ini tular perkongsiaan yang dibuat pada Facebook Page peribadi beliau apabila beliau menerima sebuah kereta 4×4 dari salah seorang followers di Instagram peribadi beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya sebak apabila menerima mesej sahabat ini di Instagram. Bagaimana beliau sanggup berpisah dengan kenderaan yang beliau sangat sayangi itu demi ‘pelaburannya di akhirat’

“Allahuakbar. Ford Rangers yang telah diubahsuai untuk ‘offroad’,” kata Firdaus Wong melalui hantaran di Facebook Page peribadi beliau.

vocket-firdaus-wong-sedekah-kenderaan-2-1-side
Sumber Gambar: Facebook Page Firdaus Wong

Menurut Tuan Zam, dia menawarkan kereta 4×4 untuk tujuan dakwah selepas dia menatap kereta kesayangan miliknya dan merasakan tiada lagi sumbangan untuk kerja dakwah yang pernah dia lakukan.

“Tadi duduk boring seorang tenung kereta, saya rasa banyak sangat benda tuhan bagi senang. Tapi tak ada lagi kerja dakwah yang saya buat,”

“Itu kereta kesayangan saya, bila tenung balik, ini kalau mati tidak dapat apa-apa. Kalau tuan nak buat misi banjir atau masuk hutan, memang sesuai. Saya nak buat kerja-kerja dakwah macam tuan, saya tak mampu. Ini sahaja yang saya mampu.” kata Tuan Zam.

vocket-firdaus-wong-sedekah-kenderaan-3-1-1
Sumber Gambar: Facebook Page Firdaus Wong

Tambah Tuan Zam lagi, kereta Ford Ranger tersebut baru sahaja dibeli setahun yang lalu di kilang Ford Thailand dan dia baru sahaja membelanjakan kira-kira RM15,000 untuk menukar suspension dan tayar baru.

Dia turut menyarankan agar Firdaus Wong datang ke sebuah kedai bengkel milik saudara muslim baru untuk membaiki kenderaan tersebut dengan harga yang berpatutan.

Bila ditanya kepada Tuan Zam bagaimana dia mahu bergerak ke sesuatu tempat selepas mewakafkan kereta miliknya, dia yakin akan ada rezeki lain untuk memiliki kereta lain pada masa akan datang.

vocket-firdaus-wong-sedekah-kenderaan
Sumber Gambar: Facebook Page Firdaus Wong

Tuan Zam telah menyerahkan kereta 4×4 kesayangan miliknya kepada MRM pada petang hari Ahad baru ini. Lebih membuatkan Firdaus Wong berasa sebak apabila Tuan Zam meminta beliau tidak melupakan dirinya jika beliau tidak nampak Tuan Zam di syurga nanti,

“Kereta ini tidaklah cantik, tapi saya sayang betul dengan kereta ini. Kondisi terbaik yang saya buat ini. Ambilah bang, guna. Kalau nanti abang dalam syurga, tidak jumpa saya. Jangan lupa tanya, zam mana,” kata Tuan Zam.

Firdaus Wong bersyukur atas sumbangan yang diberikan oleh Tuan Zam dan beliau berjanji akan menjaga kereta itu dengan baik,

“Alhamdulilah. Hari ini beliau telah menyerahkan kenderaan kesayangannya itu kepada kami dan kini kami di MRM perlu memastikan kenderaan kesayangannya itu terus berbakti kepada masyarakat agar beliau dan kami di MRM mendapat redha dan ganjaran di akhirat kelak,”.

Kami doakan semoga urusan dakwah untuk Firdaus Wong dan Tuan Zam dipermudahkan dan dilimpahkan rezeki yang lebih banyak untuk dikongsikan bersama-sama dengan pihak yang memerlukan.

Pada awal bulan Januari, ada seorang lelaki telah menjual Nissan GTR miliknya untuk menampung kerja amal yang dilakukan oleh pasukannya. Baca cerita ini lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Lelaki Ini Sanggup Jual Nissan GTR Miliknya Untuk Biayai Dana Kerja Amal

Kisah Seorang Mualaf Yang Melepaskan Gaji Lima Angka Demi Kerja Dakwah

Ebit Lew Hadiahkan Basikal Lipat Buat Penghantar Makanan Tiada Kenderaan Dan Lesen

 

Sumber