Saban tahun, Malaysia sering dilanda bencana banjir terutamanya di kawasan Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jumlah mangsa dilihat semakin meningkat dari hari ke hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan kepada penduduk yang terlibat dengan banjir untuk tidak bermain air ketika musim banjir ini bagi mencegah penyakit-penyakit berjangkit seperti Leptospirosis (kencing tikus) dan Melioidosis melalui air tercemar.

Individu yang yang mempunyai masalah kulit mahupun luka berisiko tinggi untuk terkena penyakit berjangkit ini.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr. Noor Hisham meminta orang ramai supaya sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan kendiri seperti menggunakan alat pelindung diri seperti boot getah dan sarung tangan getah semasa aktiviti pembersihan.

Sumber: Berita Harian

Menurut beliau, untuk mengelakkan kejadian penyakit bawaan air dan makanan seperti keracunan makanan, kolera, tifoid, hepatitis A dan Acute Gastroenteritis (AGE), penduduk yang terjejas banjir perlu minum air yang telah dimasak dan makan makanan yang bersih.

Beliau juga turut menasihati orang ramai supaya sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan persekitaran bagi mengelakkan pembiakan vektor pembawa penyakit seperti tikus, nyamuk dan lain-lain.

Mereka yang mengalami sebarang gejala penyakit seperti demam, sakit perut, muntah, cirit-birit, batuk dan sebagainya digesa supaya mendapatkan rawatan segera dari pasukan perubatan di Pusat Pemindahan Banjir atau fasiliti kesihatan yang berhampiran.

Tambah beliau lagi, elakkan memakan makanan yang terdedah kepada air banjir, yang berada pada suhu bilik melebihi 4 jam atau ada perubahan rasa, bau atau tesktur makanan tersebut.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai langkah-langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat banjir, klik pautan di sini untuk maklumat tambahan.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan banjir yang mungkin berguna untuk anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

5 Langkah Ini Boleh Kurangkan Kos ‘Repair’ Kereta Yang Ditenggelami Banjir

7 Langkah Bersihkan Barang Elektrik Selepas Banjir. Ye, Barang Anda Masih Boleh Diselamatkan

11 Tips Menghadapi Musim Banjir. Juga Ada Link Maklumat Banjir Real Time