Bagi mereka yang khuatir dengan kuantiti vaksin yang dimiliki Malaysia, kami nasihatkan jangan risau. Hal ini kerana Malaysia sudah menempah lebih daripada jumlah penduduk di Malaysia.

Erti kata lain, vaksin ini lebih pada cukup untuk menampung jumlah penduduk di Malaysia. Tidak kira muda, dewasa atau tua, vaksin ini cukup untuk anda. Ia juga meliputi seluruh rakyat Malaysia, baik yang tinggal di pendalaman mahupun di tengah bandar.

Ini berikutan daripada laporan Berita Harian semalam yang menyebut bahawa kerajaan Malaysia telah menempah vaksin COVID-19 kira-kira 108 peratus daripada jumlah penduduk.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata bahawa orang ramai tidak perlu risau dengan bekalan vaksin. Apa yang perlu dibuat oleh rakyat Malaysia kali ini adalah dengan mendaftar di MySejahtera.

“Nasihat saya kepada seluruh rakyat Malaysia sekarang, sila mendaftar dengan aplikasi MySejahtera. Sebab program vaksin yang kita sediakan mencukupi untuk semua orang.

“Dari segi giliran, sebarang kegiatan potong barisan kita tidak benarkan, (termasuk mereka) yang tidak tergolong dalam senarai ‘frontliners’ (barisan hadapan). Kita tidak benarkan dan (perkara ini) boleh diadukan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Aplikasi MyCar 3.0 di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, kerajaan juga tidak merancang untuk menahan atau memaksa mana-mana individu yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19, lapor Awani.

Bagi Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, Khairy Jamaluddin dia tidak menafikan wujud keraguan orang ramai mengenai vaksin terbabit, namun tetap yakin bahawa snowball effect akan membantu untuk meyakinkan mereka.

Bila VIP ‘berebut’ vaksin dengan kumpulan barisan hadapan, umpama lebih sudu dari kuah. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bila VIP ‘Berebut’ Vaksin Dengan Kumpulan Barisan Hadapan, Umpama Lebih Sudu Dari Kuah

Golongan Antivaksin Kurang Senang Dengan Syarat Terbaru Arab Saudi Ke Atas Jemaah Haji

Kajian Dapati Vaksin Pfizer Kurang Berkesan Sekiranya Anda Obes

Sumber