Pelakon jelita, Fatin Afeefa sering menjadi perhatian ramai sejak mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya iaitu usahawan muda, Aliff Awang.

Baru-baru ini, satu hantaran video yang dimuat naik oleh Aliff di TikTok tular apabila Fatin Afeefa cuba mengelak disentuh suaminya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@aliff_awang/video/7184679545587404059?_t=8YldTt84hfd&_r=1

Menerusi video tersebut, Aliff bertanyakan kepada Fatin dengan nada bergurau, mengapa ‘lari’ apabila Aliff mahu menyentuhnya walaupun mereka sudah pun halal berbuat demikian.

Difahamkan, Fatin tidak mahu disentuh suaminya kerana masih mempunyai air wuduk, jadi dia terpaksa berbuat begitu agar tidak terbatal wuduk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Fatin dan memahami keadaan Fatin menjaga wuduk lebih-lebih lagi ada ‘makeup’ di muka, memang malas untuk makeup balik.

Bukan itu sahaja, netizen turut memuji tindakan ‘sweet’ suaminya yang sengaja berbuat demikian walaupun tahu isterinya masih ada wuduk.

Untuk makluman, Fatin Afeefa dan Aliff Awang telah mendirikan rumah tangga pada 30 Disember lalu dengan sekali lafaz yang bertempat di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.