Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

“Setelah 62 tahun mencapai kemerdekaan, suara perpaduan yang menyatukan warga dan suara kesederhanaan yang merangkum warga, jangan sama sekali dibenarkan untuk dirampas oleh mana-mana pihak kerana tujuan politik sempit jangka pendek.

“Masa hadapan rakyat dan negara tidak harus diserahkan kepada kumpulan yang membawa fahaman ekstremis kaum, ekstremis agama,” titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, menurut Sinar Harian.

Baginda bertitah pada majlis konvokesyen ke-48 Politeknik Ungku Omar di Ipoh hari ini.

Bertitah kepada graduan, Sultan Nazrin bertitah belia mesti menghargai perpaduan, dan menghormati kehadiran kaum lain, dan mengelakkan perkara yang boleh melukakan hati, menafikan hak mana-mana kaum, atau menjejaskan mana-mana perkara asas yang dipersetujui semasa Perlembagaan Persekutuan ditulis.

Tambah Sultan Nazrin, tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara yang sudah merdeka ini merupakan tanggungjawab semua, bagi memastikan negara terus aman dan makmur.