Membuang sampah atau barang-barang yang tidak lagi digunakan ada ketikanya boleh menjadi tugas yang berat dan mungkin kurang digemari oleh semua daripada kita.

Tetapi jika sampah atau barang-barang yang tidak diperlukan ini sebenarnya berharga dan boleh memberikan wang ringgit kepada kita, sudah pastinya ia akan menjadi satu aktiviti mengujakan.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

Seperti yang dikongsikan Neyra Shazeyra baru-baru ini di Twitter yang berkogsikan bagaimana beliau menjana wang ringgit selepas mengitar semula sampah yang tidak diperlukan di rumahnya.

“Jangan simpan sampah anda.

“Tukarkan ia menjadi wang ringgit,” kongsi beliau.

EtSrAQzUYAcYv-G

Buat anda yang tertanya-tanya bagaimana beliau berjaya menukarkan sampah berkenaan kepada wang ringgit, Neyra dalam untaian berkenaan memberitahu beliau menggunakan perkhidmatan Trash4Cash.

Tambah menarik ini bukanlah kali pertama beliau mencubanya dan menjelaskan pernah menggunakan perkhidmatan sama sebelum ini.

“Terima kasih Trash4Ca$h untuk hari ini.

“Ini kali kedua dah panggil depa mai kutip sampah yang boleh dikitar semula.

Untuk menggunakan perkhidmatan kutipan sampah yang ingin dikitar semula, beliau menjelaskan orang ramai yang berminat boleh berbuat demikian dengan menggunakan aplikasi Trash4Cash.

Selepas permintaan kutipan dibuat, pihak syarikat jelasnya akan menghantar wakil yang akan menguruskan sisa yang ingin dikitar semula di kediaman masing-masing.

trash1

Sampah yang ditimbang sebelum mendapatkan bayaran.

Beliau bagaimanapun menjelaskan untuk memudahkan proses kutipan pelanggan dinasihatkan untuk mengasingkan kertas yang dicetak dalam hitam putih dengan kertas yang telah dicetak berwarna.

Selepas selesai kesemua proses yang diperlukan, pihak Trash4Cash jelasnya akan melakukan transaksi pembarayan melalui perbankan dalam talian.

Perkhdmatan Trash4Cash difahamkan merupakan syarikat berkait pengurusan sisa yang akan membayar sampah atau barang-barang yang tidak diperlukan anda dengan kadar dan syarat yang telah ditetapkan mereka.

Melalui semakan yang dibuat, perkhidmatan mereka tersedia di beberapa negeri seperti yang disenaraikan di laman sesawang mereka di sini.

Baca juga perkembangan semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

‘Rindu Mahu Bebas Seperti Dahulu’- Gambar Nostalgia Sebelum Pandemik Ini Menggamit Memori Netizen

Pemandu Kereta Persona Muncul ‘Hero’ Selamatkan Wanita Daripada Jadi Mangsa Rempuhan Motosikal

Sentuh Isu Perkauman Dan Strim Permainan Slot, Streamer Ini Dikecam Hebat Netizen

Anda Mungkin Suka