Cuti hujung minggu merupakan waktu yang paling sesuai sekali untuk melakukan aktiviti-aktiviti beristirehat bersama keluarga. Maklumlah, setelah 5 hari menghabiskan hampir 8 jam di pejabat dan pada waktu malamnya pula kepenatan, maka masa berkualiti bersama keluarga pada hari bekerja amatlah singkat.

Ada pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan dengan ahli keluarga pada hujung minggu seperti makan tengah hari bersama, menonton wayang, bermain bowling dan juga menghadirkan diri ke ceramah-ceramah agama atau akademik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pendek kata, when there’s a way, there’s a will. Jadi, anda perlulah mencari masa untuk diluangkan bersama keluarga.

Anyway, berkelah juga merupakan salah satu aktiviti yang dapat dilakukan bersama keluarga dan dalam kumpulan yang besar. Memandangkan negara kita ini kaya dengan khazanah alam yang pelbagai, maka tidak hairanlah jika terdapat banyak air terjun dan sungai yang sesuai untuk lokasi aktiviti outdoor dan berkelah.

So, kami nak kongsikan kepada anda sebuah chalet yang ideal untuk aktiviti perkelahan. Plus point lagi, ia terletak hampir dengan rumah anda jika anda menginap di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Mari kami perkenalkan, Jeram Teratak Angah Chalet di Kemensah, Ulu Klang!

Selepas ini, anda tak perlulah hendak travel jauh-jauh sekiranya hendak meluangkan waktu berkualiti bersama keluarga atau sahabat-handai. Jeram Teratak Angah Chalet sedia menanti kehadiran anda di sana. Mengapa perlu membazir jika tempat yang sedia dekat ini pun dah cantik dan menenangkan.

Kemensah (1)

Kemensah (2)

Kemensah (4)

Kemensah (14)

Kemensah (5)

Kemensah (8)

Kemensah (9)

Kemensah (10)

Kemensah (13)

Kemensah (16)

Kemensah (17)

Kemensah (11)

Kemensah (15)

Untuk maklumat lanjut berkenaan Jeram Teratak Angah Chalet, anda bolehlah hubungi mereka di talian 019-289 7294 atau 019-295 5710.