Kadang-kadang ketika berkunjung ke rumah kenalan, pasti ada di antara kita yang pernah melihat peti sejuk yang ditampal dengan kertas hiasan untuk bagi nampak lebih cantik, bukan?

Kertas hiasan atau contact paper selalunya ditampal pada peralatan elektrik seperti peti sejuk untuk mencantikkan lagi peralatan tersebut atau untuk menyembunyikan kecacatan seperti calar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: DIY Network

Trend ini kelihatan seperti normal dan telah dilakukan oleh ramai orang, sama juga seperti menampal wallpaper pada dinding.

Tetapi perbuatan menampak kertas hiasan pada peralatan elektrik sebenarnya mengundang bahaya. Ini disebabkan kertas hiasan ini adalah bahan mudah terbakar.

Menerut perkongsian yang dimuat naik oleh Public Health Malaysia di Facebook, selain daripada kertas hiasan, bahan mudah terbakar lain seperti langsir, ropol, dan bunga hiasan juga perlu dielakkan daripada diletakkan berhampiran dengan dapur.

Begitu juga dengan peralatan elektrik seperti peti ais. Peti ais tidak perlu dipakaikan tudung, tidak perlu dilapik dan dibungkus dengan wallpaper.

Perbuatan membungkus peti ais dan barang elektrik akan menyebabkan haba dari barang elektrik tidak dapat dibebaskan dengan berkesan.

Selain itu, dengan menampal kertas hiasan tersebut dapat mengurangkan keberkesanan barang elektrik, meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat barangan elektrik.

Dikepilkan beberapa artikel menarik untuk mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Ahli Farmasi Berkongsi Kenapa Jangan Simpan Ubat Demam Dalam Peti Ais

Tip Beli Rumah Secepat Mungkin Selepas Graduate