Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof menjadi bualan ramai terutama sekali apabila Syamsul curang dan bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Umum mengetahui bahawa drama lakonan Puteri Sarah iaitu Andai Itu Takdirnya telah disiarkan di kaca TV dan pada episod 7, dialog yang diungkapkan oleh Puteri Sarah ketika memarahi Syukri Yahya (Aizril) dalam drama itu meraih perhatian ramai.
Baca Juga:
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Produk Laku Keras, Ini 5 Perkara Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kejayaan Khairul Aming
https://www.tiktok.com/@nazieyraliey2403/video/7210781789802089755?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7208720394391897601
Malah, dialog dan nada suara yang dilontarkan oleh Puteri Sarah seakan-akan melepaskan kemarahan yang terpendam serta dialog yang diungkapkan seolah-olah ‘kena’ dengan situasi yang dihadapinya.
Babak tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-rata netizen terkejut kerana kebiasaanya Puteri Sarah membawa watak yang lemah lembut. Malah, para netizen turut terkesan dengan dialog yang dilemparkan olehnya.
Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa puas melihat dialog Puteri Sarah itu dan mengatakan mungkin ia ditujukan kepada Syamsul Yusof yang berlaku curang kepadanya.