Minggu lepas, nama Amirul Afiq disebut-sebut sebagai salah seorang graduan Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat, kini Janushaa Bala Krishnan Muthiah pula mencipta rekod apabila menjadi wanita warganegara Malaysia pertama yang menyertai latihan ketenteraan di sebuah akademi tentera yang ternama di Amerika Syarikat.

Janushaa yang kini berusia 19 tahun dipilih untuk menlanjutkan pelajaran ke Akademi Tentera Laut Amerika Syarikat (USNA) selama 4 tahun untuk menjalani program Ijazah Aeroangkasa. Beliau sebelum ini bergelar penuntut Asasi Kejuruteraan di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Janusha1

Difahamkan Janushaa diterima masuk dengan pangkat kadet setelah menjalani ujian dan temuduga yang bukan calang-calang orang boleh lulus ke peringkat seterusnya.

Janushaa bakal melapor diri 18 Jun ini untuk mengorak langkah demi mencapai cita-citanya sebagai seorang juruterbang pesawat tempur. Tahniah Janushaa.