Sedia maklum, Olimpik akan diadakan di Tokyo, Jepun pada tahun depan. Pastinya, pelbagai acara akan dipertandingkan dan negara kita juga tidak terlepas menghantar wakil untuk bertanding.

Berikutan itu, tidak dapat dinafikan bahawa ada daripada anda yang akan ke Tokyo untuk memberikan sokongan padu kepada peserta agar dapat membangkitkan semangat para peserta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
jezael-melgoza-748499-unsplash
Gambar hiasan. Sumber: Tokyo Cheapo

Oleh yang demikian, Japan Airlines akan menawarkan 100,000 tiket penerbangan percuma kepada pelancong. Tiket round trip yang ditawarkan adalah untuk penerbangan domestik ke Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka dan juga Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido.

Untuk pengetahuan anda, Japan Airlines akan mula membuka permohonan tiket percuma pada bulan Februari 2020. Tiket tersebut sah digunakan pada awal bulan Julai dan akhir bulan September dimana Olimpik akan berlangsung pada 24 Julai 2020 dan berakhir pada 9 Ogos 2020.

Ini adalah satu inisiatif yang bermanfaat kepada pelancong. Adakah anda teruja dan ingin ke Jepun pada tahun hadapan?

Tahukah anda bahawa kad BigPay merupakan kad terbaik digunakan di Jepun? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

AirAsia Membawakan Perkhidmatan Dompet Digital Tersendiri Dikenali Sebagai ‘BigPay’

Hotel Di Jepun Tawar Bilik Hanya RM4.95 Semalam Tetapi Ini Syarat Pelik Yang Anda Perlu Setuju

Ini Kad Dengan Tukaran Wang Asing Terbaik Yang Anda Perlu Ada Sekiranya Ke Jepun

Sumber