Konichiwa! Japanese Film Festival (JFF) kembali untuk tahun 2016 dengan banyak filem yang awesome dari negara matahari terbit, Jepun. Memang best sebab bukan setakat filem live action sahaja yang akan ditayangkan, malah filem manga hebat dari Jepun juga akan ditayangkan. Yeah!

Selasa lalu berlangsungnya sidang media untuk Japanese Film Festival 2016. Sidang media ini dimeriahkan dengan pelakon legendary filem Jepun, Kiki Kilin. Manis sahaja Kiki hadir ke sidang media memakai kimono. Beliau hadir khas untuk mempromosikan JFF ini disamping mempromosikan filem lakonan beliau After The Storm. Saya dah tonton filem ini dan ianya sebuah filem keluarga yang hebat dan deep.

Acik

Ada 13 filem yang akan ditayangkan di JFF ini tetapi ini adalah 4 filem pilihan saya untuk ditonton. Tidak termasuk filem awesome After The Storm. Itu anda wajib tonton.

1. Bakuman

1 JFF

Bagi peminat manga, pasti tahu siri ini. Filem ini adalah adaptasi dari manga dengan nama yang sama, Bakuman. FIlem ini berkisahkan dua pelajar sekolah tinggi Moritaka Mashiro dan Akito Takagi yang berbakat dan selalu bersaing untuk membuat komik untuk Weekly Shonen Jump. Komik Bakuman ini telah terjual lebih 15 juta unit di Jepun dan semestinya filem ini setanding dengan komiknya.

2. The Boy And The Beast

2 JFF

Sebuah lagi filem animasi dalam JFF ini. Filem ini telah menang ketegori Animasi Terbaik di 39th Japan Academy Prize dan turut tercalon di peringkat antarabangsa antaranya 43rd Annie Awards dan 24th Philadelphia Film Festival. Animasi ini berkisahkan seorang budak lelaki yang bertemu seorang beast yang melatih beliau untuk bertarung. Hubngan baik mereka bakal musnah apabila dunia manusia dan beast akan menjadi kucar kacir. Nampak promising animasi ini.

3. The Magnificent Nine

3 JFF

Filem ini diadaptasikan dari kisah sebenar dari sebuah novel karya Michifumi Isoda, Mushi no Nihonjin. Filem ini hebat kerana filem ini berjaya memecahkan rekod filem paling banyak kutipan untuk minggu pertama ia ditayangkan. Filem komedi ini berlatar-belakangkan kurun ke-18 di mana kehidupan masyarakat ketika itu ditindas oleh raja. 9 lelaki kemudiannya bangkit untuk melawan penindasan terhadap mereka dan mungkin mengakibatkan mereka kehilangan nyawa.

4. The Mochican Comes Home

4 JFF

Punk rocker di luar sana, ini anda kena tonton. Filem komedi ini berkisahkan seorang jejaka Punk, Eikichi yang pulang ke kampung halamannya bersama teman wanitanya. Kepulangan ke kampung halaman yang sepatutnya sekejap menjadi lama apabila si bapa yang menghidapi kanser tidak merestui hubungan mereka. Filem ini dipilih ke 18th Udine Far East Film Festival dan telah diundi tempat ketiga terbaik oleh para penonton di festival berkenaan.

JFF adalah kerjasama Japan Foundation dan Golden Screen Cinemas. Penduduk lembah Klang boleh ke GSC Midvalley, 1 Utama, Pavilion KL dan Nu Sentral untuk melihat filem-filem awesome ini. Perlu diingatkan filem-filem ini cuma ditayangkan dari 8-14 September 2016, jadi jangan lepaskan peluang untuk ke pawagam tonton filem-filem awesome ini!

Bagi siapa di luar lembah Klang, jangan takut anda masih boleh tonton filem-filem ini. JFF akan ditayangkan di GSC Gurney Plaza (15-18 September), Kuching GSC CityONE (22-25 September) dan Kota Kinabalu GSC Suria Sabah (29 September-2 October). Untuk tempahan tiket, bolehlah ke laman GSC di sini. Sayonara!