Dalam satu perkembangan baharu untuk DC Extended Universe, Warner Bros mengumumkan pelakon Jared Leto akan kembali memegang watak Joker untuk satu filem spin-off watak berkenaan.

Watak beliau akan diambil terus dari filem Suicide Squad dan turut akan membantu dalam filem spin-off Harley Quinn lakonan Margot Robbie. Projek baharu untuk Joker ini dijangkat dapat membantu Warner Bros untuk mengembangkan lagi siri Suicide Squad.

Filem stand-alone Joker ini masih tidak mempunyai pengarah dan penulis. Tidak dapat dipastikan juga sama adatimeline filem ini akan mengambil tempat selepas atau sebelum filem Suicide Squad.

Agak pelik kerana Warner Bros sudah bersetuju untuk satu filem Joker arahan Todd Phillips (pengarah siri Hangover, War Dogs) sebelum pengumuman ini dan filem Joker arahan Todd ini juga akan diteruskan. Tidak pasti kenapa Warner Bros. mahu buat dua filem Joker yang berbeza dan pelakonnya juga berbeza. Apa yang Warner Bros. sebenarnya?

Ianya satu peluang yang baik untuk Jared Leto membuktikan keupayaan sebenar beliau sebagai Joker. Watak beliau sebenarnya sangat kecil dalam Suicide Squad dan semoga dalam filem ini kita dapat lihat Joker versi Jared Leto dengan lebih jelas.