Sejak mula filem Joker ditayangkan baru-baru ini, Jared Leto selaku pelakon yang pernah memegang waktu tersebut melalui filem Suicide Squad seakan tidak senang duduk dengan kemeriahan filem lakonan Jorquin Phoenix ini.

Bermula dengan isu pemecatan beliau sebagai Joker dalam filem Suicide Squad 2 yang bakal ditayangkan 2021 ini, seterusnya kegagalan untuk mendapatkan filem solo sebagai Joker beliau kemudiannya meluahkan kekecewaan terhadap lakonan Joaquin Phoenix.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Digital Spy

Difahamkan isu yang membelenggu Jared Leto ini disebabkan Warner Bros tidak lagi berminat dengan khidmat beliau sebagai Joker. Keupayaan beliau sebagai Joker melalui filem Suicide Squad juga dilihat tidak menonjol sekaligus beliau mahu membuktikannya melalui filem solo Joker namun situasi yang berbeza berlaku.

Selain itu, Jared Leto juga dikatakan sedang berusaha keras bersama ejen sejak beberapa bulan lalu bagi menggagalkan misi Warner Bros mengeluarkan filem melibatkan Joker.

Selain filem Suicide Squad 2, Joker juga sah tidak terlibat dalam filem Birds Of Prey menampilkan Harley Quinn. Anda boleh tonton filem ini dengan klik pautan di bawah.

Tonton Trailer Pertama Birds of Prey Menampilkan Harley Quinn

Jared Leto Dilaporkan Kecewa Dengan Filem Joker Lakonan Joaquin Pheonix

Jared Leto ‘Dipecat’ Daripada Bawa Watak Joker Untuk Suicide Squad 2

Sumber