Walaupun filem Joker arahan Todd Phillips sedang box office di pawagam, tidak semua yang gembira dengan kejayaan itu.

Individu yang tidak gembira itu adalah pelakon yang juga pernah membawa watak Joker sebelum ini, Jared Leto. Menurut laporan The Hollywood Reporter, Jared berasa ‘kecewa dan disisihkan’ apabila Warner Bros. memberi lampu hijau untuk sebuah lagi filem solo Joker.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

Awalnya, Warner Bros. merancang untuk mengambil pengarah ternama Martin Scorsese untuk filem solo Joker yang bakal dilakonkan oleh Jared Leto. Filem berkenaan turut akan mengisahkan kisah hidup Joker dan bagaimana bermula kisah cinta antara Joker dan Harley Quinn sebelum Suicide Squad.

Namun, projek berkenaan ‘tergantung’ dan Warner Bros. meluluskan pula filem Joker baharu dengan Todd Phillips sebagai pengarah dan Joaquin Pheonix sebagai teraju utama. Kekecewaan itu berasas kerana Jared sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa lakonan beliau dalam Suicide Squad telah banyak dipotong dan menyebabkan watak beliau gagal menyinar dalam filem tersebut.

Filem Joker versi Martin Scorsese merupakan peluang terbaik untuk Jared Leto mengembalikan kepercayaan ramai bahawa beliau mampu untuk membawa watak Joker. Tetapi nampaknya peluang itu tidak akan berkunjung tiba.

Jika anda pernah menonton filem lakonan Jared Leto sebelum ini, anda pasti tahu keupayaan Jared untuk membawa watak yang dipegangnya. Mungkin nasib tidak menyebelahi beliau untuk watak ‘berhantu’ ini.

Jared Leto juga telah ‘dipecat’ daripada terus membawa watak Joker untuk filem reboot Suicide Squad dan sah tidak terlibat dalam filem Birds Of Prey menampilkan Harley Quinn. Anda boleh bacanya di sini.

Jared Leto ‘Dipecat’ Daripada Bawa Watak Joker Untuk Suicide Squad 2

Tonton Trailer Pertama Birds of Prey Menampilkan Harley Quinn

Anda Mungkin Suka