Ketika ramai mahu melupakan lakonan Jared Leto sebagai Joker, nampaknya tidak bagi pengarah Zack Snyder. Jared dilaporkan dipanggil oleh Zack untuk melakonkan kembali watak Joker bagi projek Zack Snyder’s Justice League.
Filem Justice League versi suntingan Zack ini sangat dinantikan peminat kerana ia bakal memberi gambaran sebenar visi serta idea sebenar Zack untuk Justice League.
Zack Snyder’s Justice League akan ditayangkan di HBO Max tahun hadapan dan akan dipecahkan kepada 4 episod kerana versi Zack ini jauh lebih panjang daripada filem yang ditayangkan sebelum ini.
Zack Snyder’s Justice League will feature Darkseid, Lex Luthor, Deathstroke, and the Joker! pic.twitter.com/Y4oKC6puC5
— Walt (@UberKryptonian) October 21, 2020
Difahamkan aktress penuh kontroversi, Amber Heard yang membawa watak Mera dalam Aquaman turut dipanggil bagi menjayakan beberapa adegan tambahan Justice League versi baharu ini.
Tiada sebarang info lanjut berkenaan peranan Joker dalam Zack Snyder’s Justice League tetapi kehadiran Joker pasti akan menambah ‘perisa’ untuk filem ini nanti. Mungkin ini masa terbaik untuk Jared Leto buktikan kemampuan beliau sebagai Joker?
Sebelum ini, Warner Bros dikhabarkan sedang memburu Johnny Depp untuk menjadi Joker yang seterusnya. Baca lagi pada pautan di bawah.
HBO Max Kongsi Teaser 34 Saat Justice League Versi Zack Snyder
Gagal Sebagai Joker, Tonton Pandang Pertama Jared Leto Dalam MORBIUS
- SUMBER
- Hollywood Reporter