Pengarah Suicide Squad 2, James Gunn semalam mendedahkan secara rasmi para pelakon yang akan terlibat dalam filem arahannya nanti. Namun, paling mengecewakan adalah tiada nama Jared Leto yang membawa watak Joker untuk Suicide Squad yang pertama.

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Hanya Margot Robbie, Joel Kinnaman, Jai Courtney dan Viola Davis akan kembali untuk filem reboot ini. Namun, pertambahan pelakon baharu yang hebat seperti John Cena, Taika Waititi dan Idris Elba kembali membuatkan peminat tersenyum.

Sebelum ini, Jared Leto pernah menyuarakan kekecewaannya apabila versi cinema Suicide Squad banyak memotong babaknya sehinggakan watak Joker tenggelam berbanding ahli Suicide Squad yang lain. Jared turut berkata, jika diberi peluang, beliau sudi membawa watak Joker sekali lagi.

Persoalannya, siapa yang akan bawa watak Joker nanti? Atau Joker tidak akan muncul dalam filem ini? Suicide Squad 2 akan berada di pawagam 6 Ogos 2021 nanti.

Filem Joker yang akan ditayangkan nanti tidak akan mempunyai kaitan dengan Suicide Squad 2. DC sepatutnya ikut jejak Marvel yang mempunyai pelan besar MCU sejak filem Iron Man yang pertama lagi.

Pengarah Joker Cadang Lawan MCU Dengan Divisyen ‘DC Black’

Marvel Sudah Rancang Kehadiran Spider-Man Ke MCU Sejak Filem Iron Man Yang Pertama

Will Smith Tinggalkan ‘Suicide Squad 2’

Anda Mungkin Suka