Masihkah anda ingat akan kisah Veveonah yang terpaksa panjat pokok untuk menjawab peperiksaan disebabkan capaian internet lemah? Ini menunjukkan masih ada kawasan yang belum menerima jaringan internet yang meluas seperti di kawasan bandar.

Terbaharu, beberapa keping gambar sekumpulan pelajar dari Kampung Entakong, Sarawak menjadikan sebahagian jalan tanah sebagai kelas sementara mereka tular di media sosial. Mereka terpaksa belajar di jalan tanah disebabkan capaian internet yang lemah ketika Pengajaran-Pembelajaran Dari Rumah (PdPR).

Menurut laporan, beberapa keping gambar telah dikongsikan pengguna Facebook Lenneth Xabi di dalam Facebook Komuniti Limbang dimana memaparkan kanak-kanak yang belajar di atas jalan tanah di Ulu Medamit dengan hanya beralaskan karung guni.

196716251_2042693385885247_528551631548698868_n

200967346_2042693335885252_5720334203866529770_n

Pengguna Facebook Lenneth Xabi mengatakan pastinya para pelajar tersebut belajar dalam keadaan tidak selesa berikutan belajar di kawasan lapang tanpa tempat berteduh. Tambahnya, beliau berharap agar capaian internet di Ulu Mendamit boleh diperbaiki bagi memudahkan pembelajaran para pelajar.

Sebelum ini, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengatakan bahawa Kerajaan Sarawak telah mencapai sasarannya untuk memiliki sekurang-kurangnya 1,200 menara telekomunikasi di seluruh negeri bagi meningkatkan infrastruktur internet telekomunikasi berkelajuan tinggi di Sarawak.

Di samping itu, adun Batu Danau, Paulus Palu Gumbang turut menegaskan bahawa kerajaan pusat harus menerima cadangan Ketua Menteri Sarawak agar Sarawak mengeluarkan lesen telekomunikasi sendiri untuk mempercepat penyediaan perkhidmatan berkaitan tanpa penundaan.

Tahukah anda bahawa telefon pintar yang diberikan kepada murid PdPR ada dilaporkan terbakar secara tiba-tiba? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Dugaan Murid PdPR, Telefon Jenama YES Pakai Tak Sampai Sebulan Terbakar Secara Tiba-Tiba

Mahu Elak Bermain ‘Game’, Kerajaan Perak Edar Telefon Pintar Berkualiti Rendah Buat Para Pelajar

Jawab Peperiksaan Sambil ‘Camping’, Pelajar Ini Kongsi Cabaran 24 Jam Atas Pokok Di YouTube