Nota Editor: Artikel ini ditulis dengan kebenaran dan persetujuan Tuan Ahmad Burhanuddin untuk dikongsi bersama pembaca setia The Vocket. Cerita asal telah diolah untuk memudahkan para pembaca mengikuti kisahnya


Kisah ini berlaku di Utara Malaysia dan bermula apabila beliau dalam perjalanan pulang untuk mencari nasi kerabu pada hari tersebut. Beliau ternampak seorang pasangan tua dimana seorang suami sedang menolak isterinya dengan kerusi roda. Apabila beliau menyapa pakcik tua tersebut, alangkah terkejutnya apabila mengetahui bahawa mereka baru selesai urusan di hospital dan dalam perjalanan pulang dengan hanya berjalan kaki sambil menolak kerusi roda isterinya. Apa yang menyebabkan beliau hampir mengalirkan air mata kerana adalah rumah mereka masih lagi dalam 3km jauhnya!

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Pakcik tua berkongsi cerita dimana mereka telah cuba menahan teksi namun pemandu teksi tersebut tidak mahu mengambil mereka kerana kerusi roda kepunyaan isteri beliau tidak boleh dilipat. Alhamdulillah, beliau memiliki van dan menawarkan kepada pasangan tua tadi untuk menghantar mereka pulang. Beliau telah mengangkat makcik tua tersebut dan menjemput pakcik tua tadi manaiki van beliau.

Apabila tiba kawasan rumah pasangan tua tadi, lebih menghayat hati kerana mereka berdua tinggal di flat dan di tingkat 4 pula! Beliau pun membantu pasangan tua tadi hingga ke depan pintu rumah. Sebelum pulang, beliau telah menghulurkan bantuan RM100 kepada pakcik tersebut. Dengan sayunya, pakcik itu menangis…hingga membuatkan beliau menangis juga.

Setelah menghantar pasangan tua tadi, beliau telah kembali semula ke kedai kepunyaan beliau. Tiba-tiba Whatsapp di smartphone beliau berbunyi dan terdapat pelanggan yang memerlukan perkhidmatan bungkusan kotak beliau.

Tahukah anda berapa jumlah jualan tersebut? Jumlah jualan adalah RM6,100 dengan beliau menerima deposit RM3,000 pada hari itu juga! Hanya dengan membantu mereka yang dalam kesusahan, Allah telah membayar jasanya pada hari itu juga. Marilah kita sama-sama membantu mereka yang dalam kesusahan dan yakinlah jasa anda akan dibalas di akhirat, mahupun terus ‘dibayar’ secara terus di dalam kehidupan kita.

Nikmat sedekah mana lagi kalian ingin dustakan?

11188343_10152819985487584_402193114468428915_n

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka